Jom Naik Tangga, macam dulu..
Baru ini, aku agak asyik dengan running app.. Setakat ini laluan larianku setakat ini masih jalan raya berhampiran rumah kediaman (malas nak pandu ke taman sebab jalan sesak dengan kereta bertali arus) Jadi untuk jimat masa tidak perlu tunggu, maka aku jogging di kawasan rumah sahaja, yang melibatkan jalan raya besar (ada laluan pejalan kaki sebenarnya ^-^! jadi harapnya selamat la) Sedangku berlari-lari anak aku ternampak jejantas untuk melintas jalan.. maka seraya aku terlintas " Asyik berlari je.. Dah lama tak naik tangga.. Jom la naik tangga jejantas tu juga. ." - bisikku agar menggunakan jejantas sebagai medium naik tangga Fokus - Dah lama tak naik tangga gambar hiasan - kesian kat tangga takde orang nak guna (naik turun) Oklah, aku jujur. Naik tangga itu leceh & penat sebenarnya. Semua orang tak suka. Kalau boleh semua tempat mesti ada lif. Kalau ada tangga mesti tukar jadi tangga bergerak (escalator) Dah aku pun tak kurang bezanya, apatah lagi ketika ...