[JomBaca] Seni Bercakap-cakap & Berbual-bual
Jom kita baca buku! Jadikan amalan membaca sebagai tabiat dalam kehidupan harian. Sasaran aku tahun ni sama macam tahun lalu, iaitu sebuah buku dalam sebulan. Susah sebenarnya. Tapi insya-allah aku akan berusaha..
Buku yang kedua untuk tahun 2020
Buku yang kedua untuk tahun 2020
Seni Bercakap-cakap & Berbual-bual
Mahu menjadi orang popular? Disanjung? Disukai ramai? Salah satu kemahiran yanh mesti ada pada diri kita adalah kemahiran bercakap-cakap & berbual-bual
Mahu menjadi orang popular? Disanjung? Disukai ramai? Salah satu kemahiran yanh mesti ada pada diri kita adalah kemahiran bercakap-cakap & berbual-bual
Penulis :
1) Abdullah Hassan
2) Ainon Mohd
Penterjemah (jika ada) : Tiada
Penerbit : PTS Publishing House
Bil halaman/ muka surat : 362
Deskripsi (kulit belakang)
Tip menulis dalam Media Sosial
- Tulis teks menggunakan ejaan, tatabahasa, tanda bacaam, dan format yang betul bagi mencipta persepsi positif tentang si penulis
- Posting kita membayangkan personaliti kita dan cara fikir kita
- Elakkan menulis posting yang menyindir ataupun mengkritik mana-mana individu ataupun pihak
Markah (peribadi) : 3.5 / 5
Komen (peribadi)
Buku ini mengandungi banyak bab yang pendek-pendek, jadi senang nak rancang bacaan sehingga ke penghujung buku. Walaupun ada banyak bab, tapi buku ini terbahagi kepada 3 kategori utama (setakat pemahaman aku la)

- Seni bercakap secara umum - iaitu dalam situasi profesional. Jujurnya aku dapati banyak pengetahuan am bersifat fakta dalam bab ini, jujurnya tak terdaya nak hadam satu-satu sekali gus. Kena rehat sikit-sikit..
- Seni bercakap kepada pasangan - banyak menyentuh tentang perbualan sesama suami isteri. Aku sedikit teringat buku Mars & Venus Together Forever (Edisi BM)
- Seni menulis dalam blog / internet - ini sasaran utama aku baca buku ini sebenarnya. Tapi penulisan berkenaan topik ini hanya terhad kepada satu bab sahaja (10 muka surat), sedikit kecewa sebab tak kena objektif asal aku..
Kesimpulan
Masih satu bacaan penambahan ilmu yang baik. Bidang kerjaya aku memang perlukan aku berinteraksi dengan orang ramai. Bagi aku sangat mencabar, sebab aku seorang introvert. Sedar tentang hakikat kita memang perlu kepada orang lain, aku kena belajar sedikit kemahiran bercakap. Tu yang pasti..

---
Bacaan lain boleh tengok laman --> JOM BACA. Dah ada banyak buku bacaan setakat ini..
Ulasan
To create this service, licensed nutritionists, personal trainers, and top chefs have united to develop keto meal plans that are effective, convenient, price-efficient, and delightful.
Since their first launch in early 2019, 1000's of clients have already completely transformed their figure and well-being with the benefits a good keto diet can provide.
Speaking of benefits; in this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones provided by the keto diet.