Projek 5912-1925

logo projek
Dah lama habis lukis komik Wanted!, aku masih rindu melukis. Cuma bila fikir-fikir balik aku tak boleh nak lukis kertas lepas tu imbas & muat naik..

Tapi entah kenapa mesin pengimbas tak berfungsi lagi, manakala cubaan guna aplikasi telefon pintar tidak memberikan hasil terbaik.. Tak memuaskan. 

Maka cara terakhir ialah melukis secara digital! Bersempena musim beli-belah Shopee 7.7 yang lalu, aku hadiahkan diri sendiri beli tablet melukis. Beli murah je (jenis tanpa skrin, sambung ke laptop/telefon pintar). 

Mula-mula sangat kekok melukis. Berlatih sikit barulah aku bersedia untuk laksanakan 3 Pelan Karya (sila baca penulisan tersebut untuk lebih lanjut). Cuma aku perasan sesuatu..
Budaya Tulisan Jawi semakin pudar dalam diri masyarakat kita (yang Melayu terutamanya). Tulisan Jawi tulisan warisan budaya, tapi aku tak jumpa pun orang rancak menulis jawi. Walaupun menteri agama umum hari jumaat hari jawi. Tapi, betapa ramai orang tak ambil kisah.. Bahkan lebih rancak untuk cakap bahasa rojak ataupun speaking..

Maka bersempena kesedaran tersebut, aku terapkan tulisan jawi sebagai sistem tulisan utama komik aku. Bukan satu, tapi tiga-tiga tajuk komik sekali gus. Aku takkan buat alih-tulisan rumi untuk projek ini. Aku anggap ini adalah usaha aku untuk kembalikan tulisan jawi. 

5912-1925 <--- siapa boleh teka apa kod rahsia ni? [jawapan ada pada logo projek]

Kat kedai ada banyak komik tulisan Cina, bahkan Jepun & Korea juga berbangga dengan bahasa & tulisan mereka. Kenapa tidak kita? Edisi pertama Dragon Ball adalah dalam bahasa Jepun & tulisan mereka (walaupun dah paling popular pun, setiap terbitan baru (game) tetap juga utamakan bahasa Jepun, tulisan Jepun dulu.. versi terjemah belakang sikit)

Takut salah eja?? Apa kisah? 

Tulisan rumi banyak je typo, shortform, perkataan reka sendiri < -- orang takde kisah pun. 

Faktanya - kesalahan bahasa tetap ada di mana-mana. Cuma mungkin kita dah terbiasa bila salah dimalukan sehingga menjadi tabiat "takut salah jangan buat". 

usaha ni tak mudah.. Tapi jangan putus asa. Insya-allah. Suatu hari nanti..

sedutan dari siri komik CK (baca dari kanan ke kiri)

sedutan komik dari siri komik MT (baca kanan ke kiri)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)