[JomBaca] 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat
Bismillah. Buku kedua untuk 2021. JOM BACA 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat Penulis - Mohd Razali Kamarudin "..lebih dikenali Cikgu Razali Kamarudin (CRK) adalah pendidik di kolej vokasional pertanian Chenor, Pahang. Merupakan pengamal dan trainer teknik Faham Arab Al-Quran Tanpa Asas Bahasa Arab kaedah Hafal Kata. Beliau juga telah menulis lebih 13 judul buku bertemakan pembangunan diri." Penerbit : usahasama Faqih Media & An Naafi' Community Bil halaman/ muka surat : 132 (bergambar, ringkas) Deskripsi (kulit belakang): Ingin tahu bagaimana cara memahami dan mengingat makna bacaan dalam solat? Teknik bagaimana memahami dan mengingat makna bacaan dalam solat kini dibongkar oleh seorang pengamal teknik faham Arab al-Quran tanpa asas Bahasa Arab Dengan izin Allah, segalanya ada di dalam buku ini. Anda akan ketahui bagaimana mudahnya merancang hafalan makna bacaan dalam solat selama tujuh hari tanpa menjejaskan aktiviti harian memotiasi diri sendiri bagi...