2 dari 3
Huh, dunia kerjaya ni adakalanya terasa begitu penat dan merunsingkan.. ^-^! "Bagusnya kalau tak perlu kerja.." , bisik kecil hatiku Apatah lagi apabila melihat kehidupan ayahku yang telah pencen sudah 3 tahun (dari tahun entri ni) . Kini beliau menjalani kehidupan yang sungguh bersahaja selagi dapat. Ada masanya jogging di taman, melawat sahabat-sahabat lama, menziarah (melancong) ke pelbagai tempat, pulang ke kampung dan macam-macam lagi aktiviti lapang yang dilakukannya. Jeles pulak aku tengok~ ^-^! Namun, teringat akan satu gambaran tentang 3 unsur nikmat. Jom tengok ni.. Jika diamati rajah diberi, ada tiga unsur nikmat iaitu masa, wang (kekayaan) dan tenaga. Namun pada satu-satu masa dalam dunia ini kita hanya terhad pada 2 dari 3 sahaja. Misalnya;