Qada' Solat (entri 1)
Sejak akhir-akhir ni penat sangat kerja. Banyak kali balik kerja terus rebah dan 'pengsan' berjam lamanya.. Terbaru ni, aku shift malam (10malam - 1 tengah hari esoknya) , walaupun sempat tidur kejap tapi masih lagi pengsan bila sampai di rumah.. "Setidaknya 'pengsan' ni memberi ruang untuk badan berehat, tapi sejujurnya rasa tak best pula kalau pengsan ni membuatkan aku tinggal solat.." - idea seperti mana psikologi tinggal solat?! Fokus - Qada' Solat (*ganti solat) - sumber asal dari blog asyraf khalib/jom ganti solat "Solat adalah perkara pertama yang dihisab pada hari akhirat kelak.." Jadi semestinya kita tak boleh lalai dalam hal solat ni. Hal ini kerana meninggalkan solat adalah satu dosa besar. Kalau ikut hukum hudud, meninggalkan solat boleh dijatuhkan hukum bunuh (terutamanya bagi mereka yang sengaja meninggalkannya dan tidak mahu bertaubat) . Imam Ahmad --> hukuman mati dijatuhkan kerana kufur Fuqaha Syafi'e dan Ma...