HO Arc! Episod 28

HO Arc adalah siri kisah pengalaman kerjaku sebagai HO di HKL, setakat ni kisah ni telah pun berkisar tentang

Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 -23 : posting medical

Dan siri HO arc kini berputar pada kisah paediatric pula..
Episod 24 : tagging SCN paed
Episod 25 : SCN story
Episod 26 : tagging general paed
Episod 27 : general paeds (level 1)
"Baru seminggu di general, dah dijadualkan ke periphery pula.."
Paeds periphery adalah sekadar pendedahan awal kepada para HO terhadap pengkhususan isu / kes paediatrik. Dah kata pengkhususan, maka kes-kes yang akan dihadapi mencakupi bidang-bidang department tu tersendiri. Misalnya cardio, neuro, respi, Daycare, Onco..
"i wonder if i get the chance to go through all of them.."
Oh ya, disebabkan posting periphery ni hanyalah bertujuan pendedahan awal, maka HO tak begitu berperanan aktif dalam rawatan tersebut...

Episod 28 - Paed surgery (16- 22 Jun 2014)
Ni adalah salah satu dari posting periphery dalam paeds. Tak seperti surgery (dewasa) posting yang lalu yang mana aku juga bertugas tolong di klinik/ operation theatre. Kat sini bidang tugasku lebih kepada clerk / review pesakit di wad sahaja, dan prosedur ringkas seperti venapuncture / branula setting sahaja..
"Watak HO kali ni ialah aku, Ong, Azmaihan. manakala MO agak ramai di posting ni. Namun paling best sebab ada seorang senior aku di UNIMAS dulu, adalah merupakan senior MO kat wad ni. Bila ada senior, maka rasa kurang tekanan kerja sedikit, apatah lagi senior ni memang memahami serta suka mengajar.."
Namun setidaknya adanya pendedahan tentang kes-kes yang biasa di surgery (paeds). Banyak yang aku jumpa adalah biliary atresia dan Hirchsprung disease. Salah satunya (nota - penerangan begini adalah bertujuan sekadar untuk pemahaman bagi golongan luar sahaja. Bagi staf kesihatan, diharap rujuk semula sumber-sumber yang lebih tepat)
sistem biliary adalah berwarna hijau
"Biliary atresia ni adalah satu keadaan tak normal dalam sistem biliary yang mana saluran menghubungkan produk biokimia dari "hati, pundi hempedu dan pankreas" menuju "usus", tidak dibentuk sempurna sejak lahir lagi, kesannya hasilan dari tiga organ (hati, pundi hempedu dan pankreas) ni tak dapat disalurkan ke usus dengan jayanya. Dalam tempoh masa jangka panjang akan berlakunya limpahan (overflow) produk kimia ni menyebabkan fungsi tiga-tiga organ ni akhirnya terjejas.."
Biliary atresia ni biasanya didapati ketika berusia bayi lagi, yang mana bayi tersebut akan mempunyai ciri-ciri jaundice (sakit kuning yang berpanjangan). Maka dalam kes ni, jalan penyelesaian yang difikirkan boleh membantu bayi tersebut adalah melalui KASAI procedure.. difahamkan dalam operation ni, sedikit pengubahsuaian struktur dilakukan seperti mana gambar rajah berikut. Hendaknya selepas operation ni, organ hati (terutamanya) dapat menyalurkan produk kimianya kepada usus untuk diproses..

"Apa agaknya fungsi hati dalam sistem pencernaan makanan ye? Kalau diteliti, seboleh-boleh hati mesti berhubung dengan usus untuk sesuatu fungsi tertentu.."
Sekian saja perkongsian tentang salah satu kes di paed surgery. ^-^! susah juga nak terjemah ke bahasa biasa, selain itu aku bukanlah pakar (maka tak layak untuk berborak panjang hal ni)..

Sumber rujukan --> medscape/biliary atresia
"Dah habis seminggu, maka aku dijadualkan ke tempat lain pula.." - to be continued..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)