Makan, prioriti..
(nota - entri dianggap sebagai kalau makan luar (siri 5) la ye..)
Sejak aku bela kucing ni, acap kali sampai masa aku makan (eg. makan malam), secara tak langsung akan terlintas dalam fikiranku tentang kucing rumah ni..
Fokus - prioriti sendiri vs *jagaan (*aku guna istilah umum supaya maksudnya lebih umum, iaitu merangkumi siapa saja di bawah jagaan eg. anak, keluarga, haiwan)
Kisah (1) Segelas air di medan perang (sumber yang aku copy paste --> Mutiara kisah perjuangan sahabat)
Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.
Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.
Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.
Abu Jahim bercerita,“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air.
Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.
Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.
Dalam kisah tersebut, diperihalkan satu bentuk pengorbanan dan keluhuran budi pekerti pejuang Islam yang begitu mementingkan saudara (seagamanya) sendiri berbanding dengan diri sendiri. Siapa la yang dapat gambarkan betapa hausnya ketika nazak, tapi masih lagi fikirkan saudaranya yang lain..
Kisah (2) ni adalah dongeng / dahulu kala yang aku pernah baca.. Tapi tak ingat tajuk / cerita penuhnya.. dan aku tak jumpa di internet.. Jadi aku ceritakan sekadar yang aku ingat je..
Dikisahkan ada 3 orang beradik dalam perjalanan mengembara. Namun mereka telah tersesat di suatu pergunungan. Mereka bertiga akhirnya berbincang untuk menghantar wakil pergi menyiasat lalu mendapatkan bantuan (bekalan makanan kalau tak silap), maka si abang sulung pun pergi la meredah pergunungan tersebut, sehingga berjumpa dengan satu pondok yang dihuni oleh seorang tua. Si abang sulung ni pun cuba memohon sebaran bantuan daripada orang tua tersebut..
Diperihalkan orang tua tersebut hidup sendirian dan mempunyai haiwan ternakan. Jadi sebelum memberikan pertolongan kepada pemuda (abang sulung) tersebut, si orang tua meminta agar pemuda ini menolongnya membuat kerja (memotong kayu, ambil air, masak dll). Si abang sulung ni pun membuat seperti yang diminta..
Sehinggalah pada satu masa ni, apabila pemuda ni dah memasakkan makan malam, maka dia pun makanlah bersama-sama orang tua tersebut. Namun pada masa tu, dia tidak mengendahkan haiwan ternakan (iaitu tidak memberikan makanan kepada haiwan tersebut) dan hanya mementingkan perutnya yang lapar tersebut.. maka akibatnya pemuda tersebut hilang pada keesokkan harinya (tidak kembali kepada adik-beradik yang asal tadi).
Maka adik-beradik yang berdua tadi pun resah, setelah berbincang kini abang tengah pula yang bertindak mencari abang sulung serta mendapatkan bekalan makanan. Abang tengah ni pun sama, menjumpai pondok orang tua tersebut, dan diarahkan seperti abang sulung terdahulu. Apabila sampai kepada masa makan, si abang tengah ni pun menjamah makanan dengan lahapnya, apabila telah terlalu kenyang si abang tengah teringat untuk memberi makan kepada haiwan ternakan. Namun disebabkan keterlewatan tersebut, si abang tengah juga 'hilang' pada keesokkan hariya.
Maka tinggallah adik bongsu yang seorang, terpaksa meneruskan perjalanan mencari 2 orang abangnya serta mendapatkan bekalan. Dia menjumpai pondok orang tua, juga diminta melakukan kerja-kerja harian (potong kayu, masak, ambil air dll). Apabila tiba masa makan, si adik ni terlebih dahulu memberi makan kepada haiwan ternakan yang ada, kemudian barulah dia makan. Dan disebabkan budinya yang baik tersebut, si adik bongsu ini selamat dan berjaya meredah pergunungan tersebut..
Macam tu la kisahnya seingat aku. Cerita ni aku baca masa sekolah rendah dulu, tentulah intipati dan perinciannya aku semakin lupa dek masa, namun mesej / nasihat yang aku pegang hasil bacaan tersebut itulah yang membuatkan aku mempunyai pemikiran sedemikian..
Some other stream of thought

"Kucing rumah dah makan ke belum agaknya? Patut ke aku pastikan dia makan dulu..? Kot-kot tengah berlapar ke.."Demikianlah pemikiran yang timbul. Maka banyak kali aku bertindak melihat si kucing ni dan beri makanan kepadanya terlebih dahulu. Namun, datang pula konflik dalaman, seringkali menyebabkan aku teragak-agak dalam tindakan..
"Tak payah fikirkan yang lain. Yang penting, perut sendiri ni mesti diisi dulu.."
"Ala, pandailah dia cari makanan sendiri. Bukannya dia tak boleh cari pun. Tuhan dah cipta dia mampu untuk hidup sendiri"
"Sibuk je kucing ni!! Tau tak aku tengah lapar sekarang ni!? Pergi la main jauh-jauh!!" (ayat diubahsuai agar tak nampak terlalu kasar ^-^!)(idea konflik tersebut adalah hasil peristiwa terdahulu seperti mana entri kalau makan luar (siri 4))
"(Tidak, aku dah niat nak bela kucing ni.. Jadi aku kena pastikan makan dan minumnya terjaga..)" - balas hatiku mempertahankan niat asal
"Lagipun, kalau kucing luar maka mungkin aku boleh pertimbangkan bahawa umumnya kucing akan pandai cari makan, namun bagi kucing rumah yang aku dah janji nak bela, maka adalah tugas aku untuk beri makan dan minumnya.."Maka kesan dari konflik dalam ni, timbul satu persoalan utama. Jom fokus..
Fokus - prioriti sendiri vs *jagaan (*aku guna istilah umum supaya maksudnya lebih umum, iaitu merangkumi siapa saja di bawah jagaan eg. anak, keluarga, haiwan)
"Siapa yang patut diberi prioriti terlebih dahulu? Adakah aku perlu utamakan diri sendiri.. Atau perlunya aku utamakan mereka di bawah jagaan aku..?"Lantas aku teringat akan dua kisah yang menunjukkan nilai baik dalam situasi yang sebanding dengannya..
Kisah (1) Segelas air di medan perang (sumber yang aku copy paste --> Mutiara kisah perjuangan sahabat)
Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.
Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.
Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.
Abu Jahim bercerita,“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air.
Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.
Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.
Dalam kisah tersebut, diperihalkan satu bentuk pengorbanan dan keluhuran budi pekerti pejuang Islam yang begitu mementingkan saudara (seagamanya) sendiri berbanding dengan diri sendiri. Siapa la yang dapat gambarkan betapa hausnya ketika nazak, tapi masih lagi fikirkan saudaranya yang lain..
Kisah (2) ni adalah dongeng / dahulu kala yang aku pernah baca.. Tapi tak ingat tajuk / cerita penuhnya.. dan aku tak jumpa di internet.. Jadi aku ceritakan sekadar yang aku ingat je..
Dikisahkan ada 3 orang beradik dalam perjalanan mengembara. Namun mereka telah tersesat di suatu pergunungan. Mereka bertiga akhirnya berbincang untuk menghantar wakil pergi menyiasat lalu mendapatkan bantuan (bekalan makanan kalau tak silap), maka si abang sulung pun pergi la meredah pergunungan tersebut, sehingga berjumpa dengan satu pondok yang dihuni oleh seorang tua. Si abang sulung ni pun cuba memohon sebaran bantuan daripada orang tua tersebut..
Diperihalkan orang tua tersebut hidup sendirian dan mempunyai haiwan ternakan. Jadi sebelum memberikan pertolongan kepada pemuda (abang sulung) tersebut, si orang tua meminta agar pemuda ini menolongnya membuat kerja (memotong kayu, ambil air, masak dll). Si abang sulung ni pun membuat seperti yang diminta..
Sehinggalah pada satu masa ni, apabila pemuda ni dah memasakkan makan malam, maka dia pun makanlah bersama-sama orang tua tersebut. Namun pada masa tu, dia tidak mengendahkan haiwan ternakan (iaitu tidak memberikan makanan kepada haiwan tersebut) dan hanya mementingkan perutnya yang lapar tersebut.. maka akibatnya pemuda tersebut hilang pada keesokkan harinya (tidak kembali kepada adik-beradik yang asal tadi).
Maka adik-beradik yang berdua tadi pun resah, setelah berbincang kini abang tengah pula yang bertindak mencari abang sulung serta mendapatkan bekalan makanan. Abang tengah ni pun sama, menjumpai pondok orang tua tersebut, dan diarahkan seperti abang sulung terdahulu. Apabila sampai kepada masa makan, si abang tengah ni pun menjamah makanan dengan lahapnya, apabila telah terlalu kenyang si abang tengah teringat untuk memberi makan kepada haiwan ternakan. Namun disebabkan keterlewatan tersebut, si abang tengah juga 'hilang' pada keesokkan hariya.
Maka tinggallah adik bongsu yang seorang, terpaksa meneruskan perjalanan mencari 2 orang abangnya serta mendapatkan bekalan. Dia menjumpai pondok orang tua, juga diminta melakukan kerja-kerja harian (potong kayu, masak, ambil air dll). Apabila tiba masa makan, si adik ni terlebih dahulu memberi makan kepada haiwan ternakan yang ada, kemudian barulah dia makan. Dan disebabkan budinya yang baik tersebut, si adik bongsu ini selamat dan berjaya meredah pergunungan tersebut..
Macam tu la kisahnya seingat aku. Cerita ni aku baca masa sekolah rendah dulu, tentulah intipati dan perinciannya aku semakin lupa dek masa, namun mesej / nasihat yang aku pegang hasil bacaan tersebut itulah yang membuatkan aku mempunyai pemikiran sedemikian..
Some other stream of thought
"Namun, aku membentuk mindset sendiri; (iaitu dalam situasi makan beramai-ramai), sama ada "sebelum" atau "selepas" orang lain makan baru aku makan, kedua-duanya bukanlah yang terbaik, sebabnya bagi aku paling terbaik adalah makan (menjamah) bersama-sama.."
sit together and enjoy the food.. |
"Dah kata nak makan sama-sama, jadi mestilah aku tunggu menu korang semua dah sampai jugak baru aku (mula suap) makan sama-sama dengan korang.." - idea entri blog sendiri buka puasaYa, aku berpendapat demikianlah yang paling ideal. Tak kira antara manusia dan haiwan, sesama kawan kerja, kaya dan miskin, doktor dengan pesakit, raja / VIP dengan rakyat, aku pasti tindakan sebegini lebih merapatkan ukhwah selain mengabaikan jurang sosial antara dua pihak. Cuma untuk melaksanakannya perlu kepada keberanian menghadapi ego diri sendiri..
"semoga perasaan naif ni kekal di hati, insya-allah suatu hari nanti.. aku usaha untuk laksanakan.." - child at heart... "Tak suka jurang sosial" <-- tiba-tiba je..
Ulasan