Qada' Solat (entri 1)

Sejak akhir-akhir ni penat sangat kerja. Banyak kali balik kerja terus rebah dan 'pengsan' berjam lamanya.. Terbaru ni, aku shift malam (10malam - 1 tengah hari esoknya), walaupun sempat tidur kejap tapi masih lagi pengsan bila sampai di rumah.. 
"Setidaknya 'pengsan' ni memberi ruang untuk badan berehat, tapi sejujurnya rasa tak best pula kalau pengsan ni membuatkan aku tinggal solat.." - idea seperti mana psikologi tinggal solat?!
Fokus - Qada' Solat (*ganti solat) - sumber asal dari blog asyraf khalib/jom ganti solat
"Solat adalah perkara pertama yang dihisab pada hari akhirat kelak.." 
Jadi semestinya kita tak boleh lalai dalam hal solat ni. Hal ini kerana meninggalkan solat adalah satu dosa besar. Kalau ikut hukum hudud, meninggalkan solat boleh dijatuhkan hukum bunuh (terutamanya bagi mereka yang sengaja meninggalkannya dan tidak mahu bertaubat).
  • Imam Ahmad --> hukuman mati dijatuhkan kerana kufur
  • Fuqaha Syafi'e dan Maliki --> orang yang meninggalkan solat dengan sengaja akan diberi peluang untuk bertaubat dalam masa 3 hari. Selepas 3 hari, jika masih tidak mahu, maka dia akan dihukum bunuh (potong kepala)
  • Fuqaha Mazhab Hanafi --> orang yang meninggalkan solat dengan sengaja perlu dipenjara dan disebat dengan kuat sehingga mereka mendirikan solat dan bertaubat. Jika tidak, dia akan dipenjara sehingga mati.
Rasionalnya, mereka yang ingkar akan arahan solat secara tak langsungnya menunjukkan mereka kufur kepada Allah..

Jadi bagi solat yang ditinggalkan itu sama ada sengaja atau tidak, adalah wajib untuk menggantikan solat tersebut. meninggal solat tanpa uzur yang dibenarkan (iaitu terlupa / tertidur) dianggap berdosa.

Sekiranya terlupa / tertidur, maka adalah wajib menggantikan semula solat yang ditinggalkan itu dengan segera. Malah wajib bertaubat seperti mana taubat nasuha iaitu :
  • tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekali pun
  • Menyesali akan dosa yang telah dilakukan
  • berazam tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama.
Dan perlunya menggantikan semua solat-solat yang pernah ditinggalkan ketika jahil dulu..

anggaran solat qada yang perlu dilakukan
Aiseh, berapa banyak solat yang pernah aku tinggal ni.. Astarghfirullah~



Some other sources (copy paste dari soal jawab hukum tinggalkan solat@pertubuhan ikram malaysia)

Hukum menangguhkan solat


Apabila masuknya waktu solat, wajib seseorang itu melakukan salah satu daripada dua perkara:
  1. terus mendirikan solat, itulah yang paling afdhal, atau...
  2. berazam untuk menunaikan solat dalam waktunya.

Jika tidak melakukan salah satu daripada perkara yang disebut di atas, sesungguhnya berdosalah dia. Ini dinamakan azam yang khas. Dan wajib bagi seseorang itu selepas baligh menyimpan azam yang umum untuk melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya .
Haram hukumnya menangguhkan solat sehingga tidak sempat menunaikan solat dengan segala syarat dan rukunnya di dalam waktunya. Sesuatu solat itu dikira sebagai tunai (أداء) jika sempat mendapat satu rakaat daripadanya (selesai daripada sujud yang kedua). Apabila tidak mendapat walaupun satu rakaat, solat itu dinamakan Qada’. Tetapi dosa bukannya berkaitan dengan tunai atau qada’, seseorang itu telah dikira berdosa walaupun sempat mendapat satu rakaat di dalam waktu.


Tidur daripada Solat - 

Tidur yang dimaafkan sehingga keluar solat daripada waktunya:-
  1. tidur yang bukan disengajakan (tertidur)

  2. seseorang yang lupa bukan daripada perkara yang dilarang (contoh perkara yang dibenarkan: terlupa kerana sebab belajar atau kerja; contoh perkara yang dilarang: setiap perkara yang dilarang walaupun makruh seperti bermain catur dan lain-lain).


Tidak makruh tidur sebelum masuknya waktu solat. Ada yang bependapat makruh tidur sebelum waktu Isyak dan haram sebelum Jumaat.

 Dibolehkan tetapi makruh tidur selepas masuk waktu solat dan sebelum menunaikannya dengan dua syarat:-

  1. jika seseorang yakin dapat bangun dengan sendiri atau bantuan yang lain (loceng atau kawan).

  2. dan berbaki daripada waktu kadar yang mencukupi untuk bersuci dan solat.
 
Jika tidak menepati syarat tersebut, baginya dua dosa:
  1. dosa meninggalkan solat pada waktunya

  2. dosa tidur
.
Jika seseorang itu yakin dapat bangun dalam waktu solat, tetapi apabila terjaga nyatalah telah luput waktu solat itu, dia tidak dikira berdosa kerana meninggalkan solat. Dia hanya berdosa kerana sebab tidurnya itu, dan dosanya tidak terhapus kecuali dengan istighfar dan taubat .

- update 23.5.2018 -
kemas kini blog rupanya aku pernah tulis entri yang kedua pasal Qada' Solat. Jom semak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)