Dari ortho..

"Doktor, ada new case. Nanti doktor clerk, ya?" - beritahu staf jururawat yang bertugas
Pada shift tersebut, tiba giliranku pula bertugas di i*-care (i* merujuk kepada istilah intermediate) di kecemasan. Tempat ni adalah perhentian sementara bagi pesakit (sama ada kes ortho atau kes medical) dari kecemasan, yang baru sahaja mendapat perawatan awal. Di tempat ni, pesakit akan dinilai semula (selepas menerima rawatan ie. bagi kes ortho, mungkin tangan patah --> kena simen --> nilai semula) untuk tentukan perlu masuk wad atau boleh pulang ke rumah.. Maka aku pun meneliti nota awal yang ditulis ketika di wad kecemasan..
"28 year old, allerged MVA (MB vs car) today at 4pm when he tried to avoid hole in the road and slidded on his right, sustained closed fracture of distal third right femur.."
"33 year old, allerged MVA (MB vs car) today at 12pm, when he hit the car in front of which suddenly make u-turn, fall over his left side.. and had sustained multiple abrasion wound and closed fracture of distal end left radius.." 
"24 year old.. allerged MVA (MB vs MB) at 1pm today.. 
Kenapa banyak MVA (motor vehicle accident) yang melibatkan motosikal ni? ^-^!

Fokus -  kemalangan motosikal
gambar hiasan
Teringat aku ketika kursus jalan raya yang aku lalui saat-saat ambil lesen suatu masa lalu..
"Motosikal ni yang bestnya dia senang, boleh melalui jalan raya yang sesak sekali pun.. tapi yang tak bestnya motosikal ni paling fragile.. Kalau motor langgar kereta, motor yang akan injured.. Dan kalau kereta langgar motor, motor jugak yang akan injured, tapi kereta takde apa-apa.."
Sejak bekerja di ortho ni, setiap hari aku terasa adanya peringatan betapa risikonya (bahayanya) menunggang motosikal ni. Aku sangat menggemari pergi kerja dengan motosikal (boleh rujuk entri cabaran untuk memandu untuk hierarki transport preference), sehinggakan ayah aku pun dah penat nak suruh aku pergi naik kereta..
"Naik kereta baru la nampak gaya doktor sikit.." --> idea ayah sangat bertentangan dengan prinsip aku (rujuk entri jurang sosial)
Namun, aku faham ayah bimbangkan keselamatan aku oleh kerana fakta motosikal tersebut..
"Dan aku sedar, betapa aku aktifkan nama aku (maksud nama aku = berhati-hati) sekali pun, ternyata faktor kemalangan jalan raya bukanlah hanya bergantung kepada aku semata-mata.. Terdapat beberapa punca lain..

  • kecuaian pemandu / pengguna jalan raya yang lain
  • faktor jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik.. (eg. berlubang-lubang) 
  • cuaca yang mungkin tidak mengizinkan (eg. hujan lebat / angin kuat)
  • keadaan lampu jalan / persekitaran yang gelap..
  • (banyak lagi yang boleh difikirkan..)
"kepelbagaian faktor ni.. setiap satunya menyumbang kepada risiko kemalangan.." v_v

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)