Rekreasi Hati

(Nota - aku masih berniat untuk terus menulis blog ni. Maka, terkadang entri adalah bersifat sahaja semata-mata ^-^!)

Ketika outing sendirian lagi, tak semena-mena aku singgah lagi ke kedai buku (seperti mana entri blog ni hobi ketika outing), dan kali ni aku tertarik kepada sebuah buku berikut:


Sebenarnya buku ini adalah koleksi hadith yang dipetik dari buku 300 hadith bimbingan karya Dr. Zahazan & Ustaz Hasan, cuma kali ni lebih ditambah ilustrasi oleh kartunis Nik. Berdasarkan tajuknya, ada 101 hadith nasihat yang disampaikan untuk teladan bersama.
"Secara jujurnya aku bukanlah ulat buku, namun entah mengapa aku tetap tertarik untuk beli (dan baca) buku. Semoga aku manfaatkannya sampai habis juga kali ni.."
Maka untuk tujuan tersebut, aku mengandaikan kalau aku kongsikan sehari satu hadith di media sosial. Insya-allah akan sampai masanya ia habis.. ^-^ (sebab itulah baru-baru ni aku banyak kongsikan hadith di facebook.. ^-^! semoga bermanfaat kepada semua) 

salah satu halaman dalam buku tersebut
Some other stream of thought

setidaknya hal sedemikian adalah lebih baik dari merintih perasaan / luahan dari lubuk hati..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)