Berenang

(Nota - Entri kali ni bersifat santai sahaja..)

Baru-baru ni aku menjumpai satu perkongsian ilmiah di laman facebook, lantas menarik perhatian aku.. Jom lihat gambar rajah..

tips nasihat mengelakkan lemas dalam air
Yang menarik perhatian aku ialah aku self learn (*maksudnya takde siapa-siapa bagitau => discover sendiri) teknik ni ketika mengharungi aktiviti berkelah di pantai dan sungai sepanjang masa belajarku. Tak sangka pula, memang ada fakta rasmi tentang ni ^-^
"Ketika mana aku berenang sendirian di laut dewasa ni, seringkali aku baring dan menikmati langit biru dan awan putih sambil dihanyutkan arus.. a moment of relax, i would say.."
Aku rasa la, kebetulan tengah musibah banjir yang melanda di beberapa negeri di Malaysia sekarang ni maka risiko untuk lemas itu ada, terutamanya bagi mereka yang tidak mahir berenang. Jadi mungkin oleh sebab yang demikian, tips ni berlegar-legar dikongsikan di laman facebook untuk manfaat bersama.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
sedutan dari siri Memori-0 
Alhamdulillah, aku antara golongan yang 'tahu' berenang, hasil pengalaman bermain air (ie. main-main air di kolam renang / laut / sungai) sejak kecil lagi. Tentulah adanya abang aku yang tunjuk dan ajarkan caranya. Maka setidaknya aku mampu apung sekiranya terjatuh dalam air..

Seketika ni, aku teringat dulu pernah terbaca tentang satu komik ringkas berkenaan kepentingan ilmu berenang ni berbanding melebihi ilmu formal yang dipelajari di sekolah / universiti (tapi tak ingat baca kat mana dan cari di internet juga aku tak jumpa.. sayangnya~)

Some other stream of thought
Sementara tu, aku pernah terdengar / terbaca tentang tentang satu info bahawa bayi adalah perenang semula jadi (natural swimmer). Agaknya benarkah maklumat ni..? Hmm..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)