Sedeqah (3)

"Encik, mohon sumbangan untuk baiki masjid X yang berdekatan.." - tegur seseorang kepadaku..
"(hmm, boleh la derma...). Tapi..
Live action trigger!
Dalam game FFX pun ada situasi yang sama (minta sumbangan bantuan)..
Ada orang minta sumbangan untuk baiki surau.. Adakah benar niatnya tersebut? berapa banyak yang akan aku sumbangkan??
a) (entah-entah dia nak menipu aku kot..) Nah ambillah RM1 je.. (aku pun tengah takde duit ni)
b) kau memang bertuah bertuah! nak ambik ni RMxxx


Lantas mengingatkan aku tentang nasihat dari entri yang lalu. Antaranya..
"Beserta dengan nikmat harta, Allah juga turunkan satu ujian (yang kita selalu tak perasan) iaitu bagaimanakah nikmat ini akan digunakan? adakah kita sekadar bersyukur di lidah sahaja..? Apakah kita akan membantu orang lain dengan nikmat harta tersebut, atau kita hanya gunakan untuk diri sendiri semata-mata.." - entri sedeqah (2)
Serta sedutan dari entri sedeqah (sumber asal tentulah dari Al-Quran ul-Karim)
"Bandingan (derma/sedeqah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya" (Surah Al-Baqarah 2:261) 
namun, pentingnya kita mindset bahawa ganjaran yang berkali ganda ini lebih kepada ukhrawi (sebab akhirat lebih kekal)
 "Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah / menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut), sedangkan Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunanNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.."(Surah al-Baqarah 2:268) 
Babak ini ternyata adalah realiti dari Firman Allah seperti surah Al-Baqarah 2:268. iaitu hati aku diragukan oleh syaitan.. A'uzubillahi min-assyaiton-irrajim.. Selain itu, baru ni aku berjumpa dengan satu hadith nasihat yang berkaitan..
Daripada Jabir r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, "Takutilah sifat bakhil dan haloba. Sesungguhnya sifat bakhil dan haloba memusnahkan golongan sebelum kamu. Ianya mendorong kamu memusnahkan darah dan menghalalkan perkara yang yang diharamkan" (riwayat Muslim)
Semoga lain kali aku lebih gah untuk membantu saudara-saudara yang memerlukan..

Some trivia
Teringat aku akan satu kisah seloroh yang pernah diviralkan di media sosial facebook tentang nilai mata wang ni.. Maka aku copy paste dalam entri ni sebagai muhasabah..

--------------------------------------------Kisah RM1 dan RM50----------------------------------------------------
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
RM1 - Oit, lama tak nampak, mana hang p?
RM50 - Aku p merata tempat. P stadium tgk bola, konsert AF, shopping complex, tengok wayang, kedai keta, McD dan macam-macam la.hang mana p? apa crita?
RM1 - Hmm aku macam biasa lah..Balik-balik tempat yg sama.SURAU...MASJID...SURAU...MASJID...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dialog ni menggambarkan betapa kebiasaanya kita dalam situasi bersedeqah hanya memberi jumlah yang minimum dan sebaliknya dalam situasi untuk kepentingan diri (hiburan dan enjoy) tentulah kita tidak berkira dengan jumlah yang banyak (kadang-kadangnya tidak berbaloi sekalipun).

Maka seringkali aku mengagumi sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w (eg. Saidatina Khadijah, Saidina Umar, Abdul Rahman dll) yang telah membelanjakan harta mereka sehabis baik semata-mata untuk jihad pada jalan Allah. Semoga suatu hari nanti aku juga teguh untuk mengikuti jejak langkah mereka..
"Insya-allah.."
Some other stream of thought
Pernah seseorang mengajak aku dengan menyertai sistem perniagaannya..
"Aku nak bantu kaum kita. Cuba kau bayangkan, kalau gaji kau setakat 4 angka, nak bagi derma RM5 pun mesti berat hati kan? Percaya la cakap aku bila dah join business kita orang --> dah jadi kaya nanti... orang datang minta sedeqah nanti, kau hulur RM100 pun macam hulur RM1 je senangnya...." - entri business saving
i wonder about that.. v_v

fitrah manusia suka mengumpulkan harta..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)