HO Arc! Episod 29

Pengalaman bekerja sepanjang Houseman (HO) di HKL. Kisah setakat ni..

Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 -23 : posting medical

Dan siri HO arc kini berputar pada kisah paediatric pula..
Episod 24 : tagging SCN paed
Episod 25 : SCN story
Episod 26 : tagging general paed
Episod 27 : general paeds (level 1)
Episod 28 : paed surgery
"Paeds periphery adalah sekadar pendedahan awal kepada para HO terhadap pengkhususan isu / kes paediatrik"
Episod 29 - paeds cardio (23 - 29 Jun 2014)
Usai posting periphery di surgery, seterusnya aku dijadualkan pengkhususan cardio pula. Latar tempatnya adalah di wad asas aku KK2.
Wad KK2 juga menempatkan pesakit-pesakit kes cardiology (jantung) dan juga neurology (saraf), tentulah quota untuk pengkhususan ni terhad (maksudnya bilangan pesakit tak sebanyak pesakit kes umum). Namun, selain bertugas di wad, aku juga turut serta melihat kes di klinik setiap hari. Biasanya setiap pesakit yang datang, akan buat pemeriksaan ECHO untuk menilai struktur jantung..
Bagi cardio quest kali ni, MO ialah Dr. O, serta consultant (specialist) ialah Dr. H. Namun, sayangnya, sepanjang aku posting kali ni consultant Dr. H cuti sakit. Maka terlepas peluang aku untuk mendapat tunjuk ajar daripadanya..



Sedikit perkongsian ilmu dari posting kali ni..

Bagi kes jantung paediatrik, banyaknya adalah penyakit yang berpunca dari *congenital (err secara mudahnya *pembentukan yang tidak sempurna ketika dalam rahim). Antara yang aku pernah jumpa ialah tetralogy of Fallot seperti mana gambar sisipan ni.

Penyakit ni antara yang agak common berlaku, biasanya kanak-kanak akan tampak biru terutamanya apabila 4 ciri (dalam gambar ni) berlanjutan.. Dan kebanyakan daripada mereka perlu kepada pembedahan untuk memperbaik struktur jantung tersebut..

Huh, payah jugak nak terangkan rupanya.. Ok, let's stop here.. Dah habis seminggu, kemudian aku bertukar tempat lagi.. to be continued..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)