Kerana Rahmat
Ada banyak faktor pencetus ke arah terbitan penulisan kali ni - salah satunya adalah sebagai nasihat kepada diri sendiri agar tidak begitu bangga dengan amalan yang telah dilakukan (macam entri baru-baru ni Syawal 1436H) Astagfirullah~
Jadi serta-merta teringat aku akan satu kisah tentang seorang hamba Allah yang begitu terlalu yakin (overconfident) dengan usaha amalannya sehingga ingin masuk syurga disebabkan usaha tersebut. Jom kita tengok kisah ni (aku cari di google rupanya kisah nasihat tersebut adalah berbentuk hadith, maka aku salin tampal kannya dalam blog agar bermanfaat buat diri dan kawan-kawan)
Nota - dalam artikel asal yang aku jumpa adalah versi bahasa indonesia, maka aku telah olah sedikit ke dalam Bahasa Melayu serta diubahsuai cara penyampaiannya (menjadi perenggan / pengikat kata / warna / perkataan tebal) semoga lebih mudah nampak dan faham kisahnya ^-^! hendaknya tak mengubah maksud asal hadith ni..
Nota (2) - teknik pewarnaan tulisan adalah bertujuan membezakan antara pihak yang berdialog. Pemilihan warna adalah secara rawak sahaja
Jadi pengajaran yang dapat aku ambil dari kisah hadith ni adalah..
--------------------------------------------
antara siri nasihat yang lain boleh la klik / rujuk laman (page) blog ni -->Nasihat
Jadi serta-merta teringat aku akan satu kisah tentang seorang hamba Allah yang begitu terlalu yakin (overconfident) dengan usaha amalannya sehingga ingin masuk syurga disebabkan usaha tersebut. Jom kita tengok kisah ni (aku cari di google rupanya kisah nasihat tersebut adalah berbentuk hadith, maka aku salin tampal kannya dalam blog agar bermanfaat buat diri dan kawan-kawan)
----------------------------------------
Nota - dalam artikel asal yang aku jumpa adalah versi bahasa indonesia, maka aku telah olah sedikit ke dalam Bahasa Melayu serta diubahsuai cara penyampaiannya (menjadi perenggan / pengikat kata / warna / perkataan tebal) semoga lebih mudah nampak dan faham kisahnya ^-^! hendaknya tak mengubah maksud asal hadith ni..
Nota (2) - teknik pewarnaan tulisan adalah bertujuan membezakan antara pihak yang berdialog. Pemilihan warna adalah secara rawak sahaja
--- (sumber aku salin tampal dari artikel Ibadah 500 tahun belum menjamin masuk syurga) ----
Dalam sebuah Hadith Riwayat Muslim yang cukup panjang,
Diriwayatkan daripada Muhammad Bin Mukadir, dan juga diriwayatkan oleh Jabir, Rasulullah datang kepada kami, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: ”Baru saja Jibril datang kepadaku tadi, Jibril berkata:
”Wahai Muhammad, Demi Allah: ”Bahawasanya ada seseorang melakukan ibadah kira-kira lima ratus tahun di atas puncak sebuah gugung yang luas, panjangnya 30 X 30 hasta, dan lautan yang melingkar di sekitarnya seluas 4000 farsakh dari setiap penjuru, di bawah gunung tersebut terdapat sumber air jernih kira-kira satu jari lebarnya, dan terdapat pula pohon buah delima yang sengaja disediakan oleh Allah untuknya dimana setiap hari mengeluarkan buahnya satu biji.
Setiap kali sesudah berwudhuk, buah tersebut diambil dan dimakan, kemudian dia solat lalu berdo’a mohon diambil nyawanya ketika (melakukan) sujud, agar tubuhnya tidak tersentuh Bumi atau yang lainnya, hingga ia bangkit pada hari kiamat tengah bersujud kepada Allah. Maka permohonannya dikabulkan Allah, kerana itu setiap kami melewatinya (naik-turun Langit) pasti dia tengah bersujud.”
Sambung Jibril: ”Kami menjumpai tulisnya (ceritanya) di Luh ul-Mahfudz, bahawa: ia akan dibangkitkan kelak pada hari kiamat dalam keadaan masih tetap bersujud dan diajukan kepada Allah.
FirmanNya: ”Masukkanlah hambaKu ini ke Syurga kerana RahmatKu.”
Tetapi hamba itu menjawab: ”(Tidak) Melainkan (masukkanku ke dalam Syurga) kerana amalanku semata-mata.”
Lalu Allah menyuruh Malaikat untuk menghitung semua amalannya untuk dibandingkan dengan nikmat pemberianNya. Setelah amal ibadah semuanya dihitung, para malaikat pun mula menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah pula, dimulai dengan nikmat mata
- Namun, hakikatnya hanya dengan hitungan nikmat mata saja sudah melebihi pahala ibadahnya sepanjang 500 tahun, padahal nikmat-nikmat yang lain (misalnya mulut, telinga dan sebagainya) belum lagi dihitung..
(Setelah habis penghitungan amalan vs nikmat Allah) Lalu Allah berfirman:
”Campakkannya ke dalam Neraka.”Kemudian Malaikat membawanya untuk dicampakkan ke dalam Neraka, tetapi ketika dalam perjalanan (menuju Neraka), barulah dia menyedari kekeliruannya dan menyesal lalu berkata:
”Ya Allah, masukkanlah aku ke syurga karena RahmatMu.”
Akhirnya Allah berfirman kepada Malaikat: ”Kembalikanlah ia.”
Lalu ditanya ia:”Siapakah yang menciptakan kamu daripada (asalnya) tiada (kepada ada)?.”
Jawabnya: ”Engkau, ya Allah.”
"Lalu adakah hal itu (terjadi) disebabkan amalanmu ataukah Rahmat-Ku?.”
Jawabnya: ”Kerana RahmatMu.”
"Siapakah yang menguatkanmu beribadah selama lima ratus tahun?.”
Jawabnya lagi: ”Engkau, ya Allah.”
“Dan siapakah yang menempatkan kamu di atas Gunung yang dikelilingi lautan di sekitarnya. Dan di kaki Gunung itu terdapatnya sumber air tawar yang memancar, dan tumbuh pohon delima yang buahnya kau petik setiap kali, padahal menurut hukum adat, delima hanya berbuah sekali dalam setahun, lalu kau minta mati dalam keadaan bersujud, siapa yang melakukan itu semua?.”
Jawabnya: ”Engkau, ya Allah.”
FirmanNya: ”Maka sedarlah kamu, bahawa semua (yang demikian itu) adalah kerana RahmatKu semata-mata, dan sekarang Aku masukkan kamu ke syurga kerana RahmatKu semata-mata.”
Kemudian Jibril berkata:
”Segala-galanya yang ada/ berlaku di alam ini, semuanya hanya kerana rahmat Allah semata.”
----------------hadith tamat---------------
جادي سبنرڽ کيت برعمل صليه ددنيا اين ادله اونتوق داڤتکن ريضا دان رحمت الله سمات٢. سبب سباڽق مان عملن سکالي ڤون تق اکن چوکوڤ اونتوق داڤت شورݢا الله. ترلالو مهل هرݢاڽ
Jadi pengajaran yang dapat aku ambil dari kisah hadith ni adalah..
- Jangan sesekali berbangga & riak dengan amalan kita (muhasabah bagaimana makhluk hebat Azazil diturunkan pangkat menjadi Iblis laknat - semuanya disebabkan sombong/ berlagak)
- Selain itu, boleh juga diqiaskan pada tahap manusia (misalnya ibu bapa dll). Terdapat satu hadith
"Para Sahabat bertanya: Ya Rasul, jika aku telah mencukupi semua keperluan orang tuaku, apakah itu bererti aku telah membalas jasanya? Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak, sekali-kali kamu tidak akan pernah dapat membalas jasa kedua orang tuamu."Berdasarkan hadith pendek yang atas ni, sedangkan terhadap ibu bapa (manusia), kita takkan mampu membalas jasa. Inikan pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam.. Ada dalil naqli yang aku baru jumpa..
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - surah An-Nahl 16:18Pada aliran fikiran yang lain, membuatkan aku terfikir betapa akhlak mulia dan belas ihsan seorang insan itu adalah tak ternilai (tak boleh dibayar melalui harta)..
--------------------------------------------
antara siri nasihat yang lain boleh la klik / rujuk laman (page) blog ni -->Nasihat
Ulasan