HO Arc! Episode 37
Kisah aku ketika HO. Perjuangan dalam posting ke-5 orthopedik di HKL. Sedikit throwback tentang perjuangan yang sebelum ini;
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G (posting pertama)
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery (posting kedua)
Episod 9 -23 : posting medical (posting ketiga)
Episod 24- 34 : medan perjuangan di paediatrik (posting keempat)

Dalam posting ke-5 pula..
Episod 35 : tagging orthopedic
Episod 36 : general ward ortho
Mengakhiri episod 36 dengan babak berikut..
Dan akhirnya aku sertai salah satu team tersebut. Aku memilih berdasarkan siapa paling awal tanya dulu je (takde sebab tambahan pun). Dan pilihan aku ialah spine.. Mantan mentee yang lama ialah Fahmi Hussin, maka selama seminggu aku menjalani training sebelum dia meninggalkan posting ortho tersebut..
Episod 35 : tagging orthopedic
Episod 36 : general ward ortho
Mengakhiri episod 36 dengan babak berikut..
Entah tiba-tiba ada beberapa pihak mengajakku agar join team: paeds, spine, JRU, hands..Syed, ko nak masuk team tak?""(Dah kenapa dia orang ni?)"
"Mulanya aku berasa macam hot stuff pula tiba-tiba apabila ramai berpusu-pusu mencari aku. Namun, hakikat sebenarnya ialah mereka mencari 'mangsa' baru menggantikan tugas mereka sebelum bertukar posting lain pula.. Cis, patut la.."Episod 37 - Mentee spine team (part 1) (18 Oktober -1 Disember 2014)
Dan akhirnya aku sertai salah satu team tersebut. Aku memilih berdasarkan siapa paling awal tanya dulu je (takde sebab tambahan pun). Dan pilihan aku ialah spine.. Mantan mentee yang lama ialah Fahmi Hussin, maka selama seminggu aku menjalani training sebelum dia meninggalkan posting ortho tersebut..
"Tak sampai sebulan di ortho dah masuk team pula.. memang lagi terkial-kial aku dengan istilah-istilah dalam ortho ni.."
- OT (operation theatre) day adalah pada hari Isnin dan Rabu. Oh ya, team spine adalah trademark ortho HKL maka semua kes-kes berkaitan spine akan dirujuk ke HKL. Kes-kes yang aku jumpa setakat ni selalunya ialah scoliosis, traumatic fracture spine..
"Dan operation spine ni bukan main lama tempohnya. Anggaran masa 4-12 jam untuk satu pesakit sahaja.. huhu, memang sangat menguji daya tahan berdiri di OT.."
- Grand round selalunya dilakukan pada hari Selasa dan (kadang-kadangnya juga pada) hari Jumaat, oleh HOD (head of department) ortho yang mana kebetulan beliau adalah dari team spine..
- Spine clinic adalah pada hari khamis. selain itu aku juga diminta mengambil kesempatan untuk melihat kes-kes trauma biasa yang lain sekadar pendedahan dan pengalaman
- Scoli clinic adalah pada hari jumaat. Pada hari ni, pesakit scoliosis akan datang untuk pemeriksaan dan pemantauan kot-kot perlu kepada operation atau tidak.
"Dari tadi sebut scoliosis, scoliosis ni apa di sebenarnya?? (Nota - penjelasan takrifan ni adalah untuk tujuan pemahaman umum semata-mata dan tidak boleh digunakan dalam sidang perbincangan rasmi kedoktoran) Scoliosis adalah satu fenomena yang mana tulang belakang membengkok ke sisi selalunya ketika proses pertumbuhan (*oleh sebab berlaku ketika proses pertumbuhan, maka golongan remaja adalah pesakit common sebab tulang kian bertumbuh).. Fenomena ini bersifat kekal (maksudnya tak boleh pulih seperti sedia kala sewenang-wenangnya), dan perlu kepada intervensi pembedahan"Well, that's about it (tentang jadual kerja sebagai mentee). Walaupun jadi mentee, namun aku tetap perlu kerja malam di wad-wad dan sebagainya..
Ulasan