Syawal 1436H

Salam Aidilfitri 1436H..

Fokus A - epilog ramadhan 1436H
Macam tahun-tahun lalu (entri menjelang syawal 1435H), aku selau buat checklist amalan dalam bulan ramadhan. Dan hasil tahun ni ialah.. (alamak takde gambar sebab tertinggal di Sarawak sana, nanti aku update semula)
  • Tarawikh sepenuh masa - alhamdulillah tarawikh setakat ni masih rekod penuh lagi ^-^ walaupun banyak kali juga la terpaksa solat bersendirian dek kesibukan jadual kerja baru..
  • Solat berjemaah kurang skit, terutamanya fardhu Subuh hingga Maghrib ^-^! Astarghfirullah~
  • Solat sunat dhuha dan lain-lain pun sangat kurang kali ni..
  • Achievement unlocked! - Khatam al-Quran sebulan dalam Ramadhan 


"Namun tak boleh nak berbangga riak sangat la, Syed! Kalau diteliti semula amalan checklist tersebut. Banyak dah semakin merosot v_v astargfirullah~"
Fokus B - kegembiraan hari raya?!
Tahun ni sangat berbeza terutamanya sejak ayah dah jatuh sakit (entri hardship 2nd wave). Maka tentunya terdapat sedikit adaptasi yang perlu dilakukan, aku rasa la.


Menariknya hari raya pertama berjaya direalisasikan seperti mana tahun-tahun lalu. Solat Raya, bermaafan dengan ahli keluarga serta menziarahi saudara di sekitar KL
"Macam tak percaya, berjaya pula aktiviti menziarah 3 keluarga ni macam selalu walaupun ayah dah sakit kena jalan bertongkat. Lagipula, kami pula yang menjadi pihak yang menziarah daripada menjadi pihak yang diziarah.."
Namun terdapat juga kekangan masa iaitu aku hanya cuti sampai hari ketiga sahaja, sementara Abg Chik kena masuk bekerja pada raya kedua malam.. Hanya Nawar je yang lapang dan bebas eksplorasi raya.. (tak dilupakan juga, dengan keadaan ayah sekarang, agak mustahil nak berziarah jarak jauh serta jangka panjang ie bermalam luar)
"Tak sempat nak melawat pusara ibu tahun ni gamaknya.."
Setidaknya perlu mencari definisi lain kegembiraan menyambut raya kali ni.. Ok, mengakhiri entri dengan lagu raya klasik kegemaran aku..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)