Bias anime

(nota - macam selalu, entri ni bersifat retrospektif. berlaku pada masa yang lalu entah bila ^-^!)
"Jom tengok wayang?" - ajakku terhadap kawan-kawan lama
"Boleh je.. Tapi nak tengok cerita apa?" - tanyanya ingin tahu
"(anime) Naruto jom?? Ada movie baru keluar di GSC.." -  aku menyatakan hasratku
"Ala, Naruto kat internet ada. Download je la nanti.. Kita tengok cerita lain la.." - balasnya ingin menukar tajuk wayang
"Dah tu nak cerita apa?" - tanyaku semula
"Cerita XXX (filem movie yang kebetulan ada di layar perak masa tu) la.. macam best skit." - ujarnya
"So, cerita XXX ni takkan ada di internet??" 
Fokus - bias anime ("Bias" menurut kamus English ialah satu prejudis yang berat sebelah terhadap sesuatu perkara, yang mana selalunya tidak adil)

Ok, ada Bias di sini. Apabila berkata tentang menonton wayang, ramai memandang enteng wayang anime/ CG / Kartun berbanding dengan filem lakonan. Ini benar bagi beberapa tajuk wayang yang telah diterbitkan di layar perak.. Tengoklah, wayang Doraemon: Stand by Me, Naruto, Dragon Ball Z, Detective Conan. Walaupun siri anime ni mendapat sambutan hangat di kalangan anak muda Malaysia,  Namun apabila melibatkan terbitan versi wayang, ramai bersifat tidak support dan hanya ingin download di internet sahaja.
"Apa barang tengok kartun / anime kat wayang? Rugi wey.. Baik download / tengok online je kat rumah. Tak perlu bayar pun" - pernah kedengaran alasan sebegini apabila dikemukakan persoalan sebegini
Dalam difikirkan dari aspek tersebut, aku setuju faktor kewangan yang mana lihat di media internet tidak mengenakan bayaran lebih (selain dari langganan internet persendirian), maka lebih jimat. Tapi dari aspek etika, aku berasa tak selesa dengan pendirian sedemikian..
"Bukan ke sama je filem movie yang lain juga? Misalnya kita tengok wayang Jurassic World dan kita tertarik dengannya, sama juga kita balik rumah dan cuba cari versi download untuk simpanan sendiri. Jadi apa perbezaan di sini?" 
Satu lagi sebab musabab yang dapat aku fikirkan ialah lebih kepada ego sendiri. Yang mana, meningkat dewasa ni, ramai berasa 'malu' apabila menonton wayang 'kartun' secara terang-terangan lalu sering ditafsirkan sebagai tidak matang, tidak realistik dengan kehidupan sendiri.. ^-^!
"Mungkin demikian egonya, tapi paling aku tak faham ialah 'malu' apabila diajak tengok wayang di layar perak.. tapi berbangga pula tengok secara online (sampai upload status di media sosial ie. bestnya tengok cerita ni, mesti tengok..)."
Dan isu yang paling ingin diketengahkan dalam arus fikiran ini bukanlah isu konflik mesti tonton wayang yang bagaimana di layar perak, cuma hanyalah dari aspek etika (tak kiralah wayang) anime / filem lakonan sekali pun, seeloknya kita hormati pihak penerbit yang bersusah payah menerbitkan wayang untuk tontonan semua.
"Penat-penat mereka memerah keringat memikirkan jalan cerita semua, kita senang hatinya memilih untuk tonton free di internet pula. Setidaknya bayarlah pada pertama kali.. ^-^! (dan anime/kartun la yang selalu jadi mangsa pada situasi ini..)"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)