HO Arc! Episod 43
Kisah HO Arc semakin menghampiri penghujungnya. Sejenak mengimbau episod silam..
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G (posting pertama)
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery (posting kedua)
Episod 9 -23 : posting medical (posting ketiga)
Episod 24- 34 : medan perjuangan di paediatrik (posting keempat)
Episod 42 : battle zone Red
Part 2 : battle zone Yellow
Kalau sebelum ni, zon hijau adalah zon yang 'tenang' (dari aspek kebahayaan), manakala zon merah pula adalah 'adrenaline rush' (semua perlu segera). Jadi kalau datang pula kes yang tak tergolong di antara dua-dua ini.. Maka zon kuning menjadi tempat tujuan mereka.
Pesakit-pesakit zon kuning biasanya mereka yang dah tak larat berjalan (sebab lemah longlai), ataupun cedera kuat (tapi masih bukan kategori nak mati). Zon ini adalah tempat paling sibuk dalam jabatan kecemasan. Pesakit akan datang tak henti-henti dari kepelbagaian jenis kes. Dan juga zon ini perlu kepada patient fast turn over (kena cepat putuskan sama ada pesakit perlu masuk wad mana / balik rumah / bagaimana)..
Selain itu, zon kuning juga terdapat satu ruang pengasingan untuk pesakit PSY yang datang tak kenal waktu. Memang satu pengalaman untuk merekodkan kisah perihal pesakit sebegini dan menangani mereka..
Adanya zon asthma, khas untuk pesakit asthma dan COPD yang datang nebulizer.. Bagi aku zon kerja ni yang selesa skit sebab ada kerusi dan meja tetap untuk menulis, dan tatacara pemeriksaan pesakit adalah bersifat linear (simple je, semua pesakit diperiksa kaedah yang sama), cuma bagi setting kecemasan, pesakit datang bertalu-talu tak kena masa..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sementara itu, timbulnya cabaran baru dalam hidup aku apabila wujudnya pesakit dalam rumah sendiri juga.. - entri sendiri hardship 2nd wave
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G (posting pertama)
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery (posting kedua)
Episod 9 -23 : posting medical (posting ketiga)
Episod 24- 34 : medan perjuangan di paediatrik (posting keempat)
Episod 35-39 : posting kelima orthopedik
Episod 41 : battle zone Green & Yellow (part 1)Episod 42 : battle zone Red
"Setakat ni aku dah ceritakan kisah kerjayaku di zon 'selesa' (green) serta zon 'bahaya nak mati' (red). Maka tinggal la satu lagi tempat yang aku belum ceritakan.."Episod 43 : battle zone Green & Yellow (part 2) (5 April - 1 May 2015)
Part 2 : battle zone Yellow
Kalau sebelum ni, zon hijau adalah zon yang 'tenang' (dari aspek kebahayaan), manakala zon merah pula adalah 'adrenaline rush' (semua perlu segera). Jadi kalau datang pula kes yang tak tergolong di antara dua-dua ini.. Maka zon kuning menjadi tempat tujuan mereka.
Pesakit-pesakit zon kuning biasanya mereka yang dah tak larat berjalan (sebab lemah longlai), ataupun cedera kuat (tapi masih bukan kategori nak mati). Zon ini adalah tempat paling sibuk dalam jabatan kecemasan. Pesakit akan datang tak henti-henti dari kepelbagaian jenis kes. Dan juga zon ini perlu kepada patient fast turn over (kena cepat putuskan sama ada pesakit perlu masuk wad mana / balik rumah / bagaimana)..
Selain itu, zon kuning juga terdapat satu ruang pengasingan untuk pesakit PSY yang datang tak kenal waktu. Memang satu pengalaman untuk merekodkan kisah perihal pesakit sebegini dan menangani mereka..
Adanya zon asthma, khas untuk pesakit asthma dan COPD yang datang nebulizer.. Bagi aku zon kerja ni yang selesa skit sebab ada kerusi dan meja tetap untuk menulis, dan tatacara pemeriksaan pesakit adalah bersifat linear (simple je, semua pesakit diperiksa kaedah yang sama), cuma bagi setting kecemasan, pesakit datang bertalu-talu tak kena masa..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sementara itu, timbulnya cabaran baru dalam hidup aku apabila wujudnya pesakit dalam rumah sendiri juga.. - entri sendiri hardship 2nd wave
"Selalu, cabaran paling hebat dalam kerjaya doktor ni apabila menghadapi ahli keluarga sendiri sebagai pesakit. Pertamanya sebab kita tahu selok-belok penyakit maka, terkadang kita terlebih-lebih dalam merawat. Keduanya, dari aspek etikanya diperihalkan ada beberapa isu perlu diberi pertimbangan apabila melibatkan ahli keluarga. Dan ketiganya, apabila kita tahu prognosis / outcome pengakhiran pesakit.. apakah kita masih berharapan..?"
Ulasan