Musibah 30.1.2017

Dah lama tak tulis blog.. Entri kali ni bersifat retrospektif iaitu tentang musibah yang melanda kami baru-baru ini..

----- 30.1.2017 Dalam risiko keguguran! -----  

Awal pagi tarikh ni, aku dikejutkan dengan peristiwa pendarahan dari bawah (per vaginal bleeding) pada pukul 230 pagi. Syukurlah aku sedang cuti rehat sempena Tahun Baru Cina maka tidurku mudah dikejutkan.. Bila kutanya lagi.. tiada lagi tanda/simptom lagi.. malahan pendarahan ini adalah tiba-tiba berlaku semasa tidurnya..
"Jom, pergi hospital.." ujarku sambil dalam fikiran sedikit risau "(keguguran ke? Tapi sekarang ni isteri dah lepas trimester pertama.. harap-harap takde apa-apa).."
Pukul 3.30pagi mendaftar di kecemasan, kami diletakkan di zon kuning tatkala vital sign isteri nampak masih stabil. Suasana di kecemasan pagi tu agak sibuk dengan kepelbagaian kes. Faham, tunggu sahajalah sampai doktor oncall yang bertugas tampil..

Pukul 530pagi akhirnya doktor O&G tiba serta lantas membuat pemeriksaan..
"Os 2cm, fetal membrane appear bulging.." ulasnya kepada doktor O&G muda yang turut memeriksa.. "Saya rasa puan kena masuk dalam wad bersalin untuk pemantauan.." beritahu kepada isteriku..
Di sebalik tirai, aku lantas mengulangkaji kemungkinan diagnosis setelah mendengar hasil pemeriksaan doktor..
"(Dalam jenis-jenis keguguran (miscarriage), kriteria yang lebih menepati bagi kes isteri aku nampaknya ialah inevitable miscarriage..)
Pukul 840pagi di wad bersalin, pakar O&G sekali lagi datang memeriksa keadaan isteri dan mengesahkan hasil pemeriksaan yang lalu.
"Puan, nampaknya pihak kami tak dapat nak buat apa-apa sebab (1) pangkal rahim (os) dah buka (2) membran bayi dah nampak dekat pangkal rahim sana (maksudnya sebarang tindakan boleh menyebabkan komplikasi kepada bayi terutamanya apabila terkena membran tersebut)"
Maka ringkasan situasinya aku tulis sepertimana carta aliran di bawah:


Maka, situasi hanya memihak kepada ibu & bayi sekiranya tidak ada progress bersalin..
  • os tidak semakin besar
  • tidak ada sakit contraction
  • air ketuban tidak bocor
  • pemantauan ibu kekal stabil (sihat)
  • pemantauan bayi kekal reaktif (sihat)
Tapi untuk bertahan sampai cukup waktu setidaknya 37 minggu nampaknya satu harapan yang besar. Kini isteri sedang dalam minggu ke-23, jadi harapnya dapat bertahan 14 minggu (~3 bulan lebih) di hospital untuk keputusan terbaik buat semua..
"Boleh ke isteri bertahan macam ni..? There will be tough times then.." v_v 
----- 3.2.2017 Datang kejap & Pergi -----

5 hari perjuangan isteri.. akhirnya doktor terpaksa buat keputusan untuk paksa (induce) bersalin, kerana air ketuban tampak sudah bocor ketika pemeriksaan petang. Dikhuatiri bayi akan dijangkiti kuman sekiranya terus dibiarkan. Aku dan isteri terpaksa akur akan keputusan tersebut.. Maka proses induksi dimulaikan pada pukul 315petang tarikh ini..

351petang seorang bayi lelaki telah pun dilahirkan. Pada waktu kelahiran ni, bayi memang tampak biru dan tidak menangis. Hanya masih terdapat nadi/jantung yang masih berdegup serta beberapa refleks pergerakan apabila disentuh.. Namun, doktor bayi sudah menjangkakan bahawa bayi kandungan 23 minggu mempunyai survival rate yang sangat rendah (kerana organ dalam badan masih belum sempurna), dan tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan untuk membantu. Sekali lagi, aku akur akan hakikat tersebut.. Maka aku dan isteri diberi peluang untuk mendakap bayi pada saat-saat akhirnya..

Setelah sejam didapati bayi tidak lagi bergerak serta nadi jantung telah pun berhenti. Maka doktor bayi pun mengesahkan bayi telah kembali ke rahmatullah pada jam 503petang. 
"Sejam je pinjaman Allah jadi ayah dah kena pulang semula.. 3 Feb 2017 jadi kenangan.. Semoga berjumpa lagi di pengakhiran sana.." -status facebook
Alfatihah untuk arwah. Bertabahlah wahai ibu..

Ulasan

Faryin berkata…
Sayang..baby

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)