Dun Kacau My MNP (DiGi-2-XOXb)
Catatan kemaskini 8.1.2020 - tukar tajuk (dulu nama "Masalah MNP Digi-XOX") --- Blog, Mulai! --- Dari entri BMF Telco , aku membuat keputusan untuk bertukar talian komunikasi ( TELCO ). Jadi pilihan baru aku ialah ONEXOX .. نق چوبا ڤرودوک اينله "Sempena kempen BMF ni, hati kena kental untuk tukar TELCO , tambah-tambah kita tak tahu prestasi jaringan (network) setanding atau tak sebab takde pengalaman.. Semoga Allah mempermudahkan kita dan membantu umat Islam. Seperti jangkaan, memang tak mudah sebab timbul masalah ketika bertukar! Entri ini sekadar catatan pengalaman aku ketika bertukar dari DIGI ke ONEXOX .. Kisah penuh adalah seperti berikut; 19.9.2019 Khamis - Aku beli secara online kad sim ONEXOX Black Plan melalui proses MNP [iaitu mengekalkan nombor yang sama]. Aku memilih pelan B39 pascabayar dengan bulanan data 8GB + 50min panggilan + 50 SMS. Black Plan khabarnya boleh bawa baki data+minit+SMS (tak terpakai) ke bulan depan, jadi tu yang ...