Dun Kacau My MNP (DiGi-2-XOXb)

Catatan kemaskini
8.1.2020 - tukar tajuk (dulu nama "Masalah MNP Digi-XOX")

--- Blog, Mulai! --- 

Dari entri BMF Telco, aku membuat keputusan untuk bertukar talian komunikasi (TELCO). Jadi pilihan baru aku ialah ONEXOX..
نق چوبا ڤرودوک اينله
"Sempena kempen BMF ni, hati kena kental untuk tukar TELCO, tambah-tambah kita tak tahu prestasi jaringan (network) setanding atau tak sebab takde pengalaman.. Semoga Allah mempermudahkan kita dan membantu umat Islam.
Seperti jangkaan, memang tak mudah sebab timbul masalah ketika bertukar! Entri ini sekadar catatan pengalaman aku ketika bertukar dari DIGI ke ONEXOX.. Kisah penuh adalah seperti berikut;

19.9.2019 Khamis - Aku beli secara online kad sim ONEXOX Black Plan melalui proses MNP [iaitu mengekalkan nombor yang sama]. Aku memilih pelan B39 pascabayar dengan bulanan data 8GB + 50min panggilan + 50 SMS.
Black Plan khabarnya boleh bawa baki data+minit+SMS (tak terpakai) ke bulan depan, jadi tu yang buat aku pilih pakej tersebut, nak cuba-cuba la..
Dah siap bayar seperti yang diminta RM39 untuk pakej tersebut. Invois bayaran pun dah diterima

23.9.2019 Isnin - Dapat kiriman pos CityLink Ekspress mengandungi kad sim tersebut. Tapi aku sibuk pula hari ini, jadi tak sempat buka lagi kiriman.

24.9.2019 Selasa - Baru masuk kad sim dalam telefon, cuba proses pengaktifan mengikut arahan yang disertakan bersama. iaitu melalui apps XOX Activation. Tak berjaya. Jadi aku telefon Hotline XOX, alhamdulillah pihak XOX tunjuk ajar cara satu persatu.  Disebabkan aku buat proses MNP, tatacara berbeza rupanya.
- Dapat SMS pertanyaan dari DIGI untuk pengesahan keluar DIGI atau tidak. Aku jawab Ya (sah keluar)

25.9.2019 Rabu - Paginya aku dapat panggilan telefon dari nombor 0162991138. Rupanya ini dari wakil pihak DIGI, telefon. Dia nak tanya faktor aku tukar talian, dalam 10 minit juga la sembang. Kalau dia rasa "sebab yang aku bagi" adalah sesuatu yang boleh dipujuk semula, dia nak pancing balik untuk kekal dalam DIGI dengan pakej yang setanding.
"Dalam kes aku, dia perasan aku nak bertukar prabayar ke pascabayar, jadi terus dia nak pancing dengan promosi pelan pascabayar yang lagi menarik. Lagi-lagi dia suruh cuba dulu sebulan baru buat pertukaran. Tapi aku kekal dengan pendirian aku.."
Rupanya ini bukan kali pertama kes kena pancing macam ni. Dah ada dalam makluman dari XOX (aku tak perasan hinggalah langkah esok (26.9.2019). Sayangnya aku tak rekodkan perbualan kami pun.. Hm, nasihat untuk pada masa hadapan..

emel dari XOX
Tengah hari sikit, aku dapat SMS dari pihak DIGI "your request is rejected" [code SP61]. Pada masa yang sama aku juga dapat emel dari pihak XOX tentang isu yang sama (lihat gambar sisipan sebelah ini)

Aku suspek proses pemindahan talian dah  terganggu sama ada;
1) masa tengah telefon, pihak DIGI buat sesuatu (misalnya tekan 'cancel process' atau apa) sebab mereka yang mempunyai kawalan terhadap akaun aku
2) atau perbualan 10 minit tersebut buatkan proses pemindahan nombor tak berjaya sebab dalam penggunaan (kebetulan sangat nak tukar masa-masa tu juga)

Kalau nak fikir secara baiknya, mungkin nombor 2 la kot yang berlaku. Tapi apa-apa pun, proses ini dah terganggu. Aku kena buat sesuatu untuk selesai proses pemindahan. Jadi aku telefon DIGI untuk tanyakan permasalahan yang timbul. Lepas tanya-tanya, rupanya memang tiada masalah pun. Penyelesaian yang dicadangkan ialah buat semula pengaktifan MNP di laman web. Aku buat sendiri tak berjaya (masih keluar code error yang sama: SP61)

Jadi kali ini, aku terus tulis emel saja kepada pihak XOX lagi menyatakan apa yang terjadi.. (lihat sisipan lagi).
Tujuannya aku berharap agar pihak XOX reset pada sistem atau apa ke atau tolong buatkan MNP ini terus bagi pihak aku..
"Dari pengalaman telefon tempoh hari, aku rasa XOX mengamalkan prinsip pengguna Do-It-Yourself (semua buat sendiri di website, telefon hanya sekadar untuk bantuan/panduan saja). Hari tu pun pihak XOX pun sekadar bantu.."
maklum balas dari agen
26.9.2019 Khamis - aku dapat maklumbalas dari pihak XOX (seperti sisipan tepi ni). Masih tak selesai juga. Kali ini dengan 'error' yang berbeza pula (SP51). Jadi, berdasarkan emel tersebut, aku rasa pihak XOX ini tak membantu.
Langkah seterusnya aku pergi pula ke pusat XOX (XOX centre), berdepan dengan agen untuk terangkan kisahnya & isunya.

Alhamdulillah, agen di pusat itu memahami dan sudi menghantar semula proses pemindahan talian. Sekali lagi, aku mengharungi dapat SMS pertanyaan dari DIGI untuk sahkan keluar. Balas Ya, dan kena tunggu lagi tempoh pemprosesan.

27.9.2019 Jumaat - Akhirnya talian DIGI aku dah tamat. Aku dah pindah ke XOX. Namun, ketika daftara akaun XOX dan log masuk, aku terkejut sebab aku dapat pelan prabayar XOX (dengan sedikit kredit). Tiada data, minit panggilan atau SMS pun,

Telefon balik hotline XOX untuk tanya, agen penjawab sekadar kalau nak pakai juga pelan Black B39, kena naiktaraf (upgrade) sendiri dan bayar seperti mana prosedur biasa.
"Daftar (dan dah bayar) pelan pascabayar Black, tapi dapat pelan prabayar pula?? Apa dah jadi sekarang ni?" 
Seperti mana yang disuruh, aku taipkan keluhan (complaint) kepada emel XOX

emel terakhir aku


Maklumbalas terakhir yang aku dapat 
--- tambah sedikit susulan kes ini ---

30.9.2019 Isnin - aku dapat panggilan dari pihak XOX. Berdasarkan suara pemanggil dan nombor yang tertera (landline), rupanya dari kedai XOX yang aku datang tempoh hari. Siasatan dah dijalankan sampai bahagian urusniaga di kedai, dah diketahui ada sedikit salah-komunikasi ketika hantar semula permohonan pindah talian - iaitu agen daftar semula sebagai prabayar
"Separuh salah faham mungkin berpunca daripada aku juga, sebab aku tak bawa pek sim kad yang ada tulis Black masa datang hari tu. Dan talian asal aku (DIGI) adalah nombor prabyar, agen tersebut sangka aku ambil pelan prabayar juga.."
Jadi, dia nak perbetul semula salah-faham yang berlaku ini. Menurutnya, dia akan berhubung dengan pihak ibu pejabat (HQ) tentang pertukaran ke talian pascabayar dan akan maklumkan keputusannya kelak

1.10.2019 Selasa - Sekali lagi aku dapat panggilan dari pihak XOX lagi. Keputusan akhir yang ditetapkan oleh pihak mereka ialah

  • mereka pulangkan semula nilai RM39 dalam bentuk kredit XOX
  • kena naiktaraf sendiri melalui langkah-langkah yang diajarkan..

-- Aku rasa kes ini tamat sampai sini saja --

Aku pasti pada pengakhiran penulisan ini, ramai pembaca merasakan betapa lemahnya sistem pertukaran MNP oleh XOX ini. Boleh buat tawar hati nak sokong XOX sebagai BMF. Apa yang dapat aku katakan ialah;
"Bersabarlah, aku rasa masalah teknikal memang boleh berlaku tak kira mana-mana TELCO sekali pun. Bahkan dalam kes aku ini, DIGI ada bahagian buat silapnya, dan XOX pun sama juga. Aku pasti setiap yang berlaku ada hikmah tersendiri.. Cuma dalam bab urusniaga, pentingnya menunaikan hak masing-masing. Kalau untuk sesuatu pelan, sebaiknya dapat hak pelan tersebut atau dikembalikan duit.. Jangan jadi macam kaum Nabi Soleh sudah la.."
Dalam pada itu, aku perlu ke pelan pascabayar sebenarnya??

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)