BMF Telco

Sempena Kempen BMF, aku juga perlu bertindak (jangan cakap saja, tak buat) untuk bertukar ke produk muslim. Jadi termasuk dalam perhatian aku ialah syarikat telekomunikasi (TELCO)
"Kalau dulu zaman belajar, maklumat tak senang dicapai sebab kemudahan internet dan smartphone masih dalam peringkat pengenalan. Jadi masa tu nak sokong kempen susah sebab tak ada maklumat, tapi sekarang ni tak boleh nak beralasan lagi.."
Fokus : TELCO Produk Muslim
ringkasan mudah TELCO di Malaysia
Senarai ini juga aku salin tampal dari[Siaran Facebook] Zuriyati RedOne tapi aku susun semula ikut kronologi masa
  • CELCOM (1988) CEO Dato Sri Shazzaly Ramly (Muslim)
  • MAXIS (1993) CEO Ananda Krishnan (Bukan Muslim)
  • DIGI (1995) CEO Morten Lundal (Norway / Bukan Muslim)
  • UMOBILE (1998) CEO Tan Sri Vincent Tan (Bukan Muslim)
  • XOX (2005) CEO Datuk Eddie Chai (Bukan Muslim) 
  • REDTONE (2008) 
    • Penjenamaan kepada pelan pascabayar REDONE (2012). CEO Farid Yunus (Muslim)
  • TUNETALK (Ogos 2009) CEO Jason Lo (Bukan Muslim)
  • ONEXOX (2014) CEO Bobby Farid (Muslim)
  • ALTEL (Oktober 2015) CEO Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Muslim)
  • WAFYMOBILE (Februari 2016). CEO Encik Abd Rahman Khong Bin Abdullah (Muslim)
Ada beberapa syarikat telekomunikasi lagi tapi tak dapat dipastikan (tak jumpa sumber)
  • Unifi Mobile - dari laman web nampak macam milik Muslim tapi tak dapat disahkan
  • Yoodo (Jan 2018) - tak pasti
  • Ookyo (2018) - tak pasti
  • Yes (2010) CEO Wing K Lee (Bukan Muslim) - YTL Communication Sdn Bhd
  • Mcalls (2011) PAVO Communciation Sdn Bhd - tak pasti
  • TONEEXCELL (Februari 2010) & TONEPLUS  (2012) - tak pasti
    • TE & TP dibawah syarikat TONEGROUP SDN BHD sebagai perniagaan Program Rujukan (Referral Program)
------
Ringkasan sejarah penggunaan talian 012xxxxxxx aku ialah;
  • 2005 - 2016 : MAXIS pascabayar
  • 2016 - 2017 : Digi pascabayar
  • Sep 2017 - Sep 2019 : Digi prabayar
"Teringat aku dapat nombor telefon sendiri kali pertama pada suku akhir tahun 2005 dulu sebab Ayah suruh aku ada telefon bimbit sendiri supaya senang berhubung di sekolah (kena sorok-sorok juga la v_v maaf cikgu sekolah). Masa tu arwah Wan yang pilih nombor serta talian MAXIS Pascabayar untuk aku..." 
Jadilah aku guna talian tersebut. Dulu-dulu malas nak fikir tukar talian sebab aku tumpang bawah nama Abang Ngah, kalau apa-apa kena melalui Abang Ngah. Leceh pula sebab aku belajar jauh, jadi kena balik pula nanti). Dah masuk alam kerjaya baru la aku pisah nombor..

Secara jujurnya, aku sangat selesa dengan Digi prabayar sebab sebulan RM28-30 boleh dapat data internet 4GB + 300 minit panggilan suara + Applikasi sosial tanpa had. Bahkan ada data (tanpa langgan apa-apa) 2.5GB khas untuk video setiap minggu. Selain itu, kredit prabayar yang berbaki boleh dibuat beli baucer macam-macam dalam applikasi MyDigi..
"Sempena kempen BMF ni, hati kena kental untuk tukar TELCO, tambah-tambah kita tak tahu prestasi jaringan (network) setanding atau tak sebab takde pengalaman.. Semoga Allah mempermudahkan kita dan membantu umat Islam.
Jadi pilihan aku kali ini ialah..

نق چوبا ڤرودوک اينله
Tapi memang tak mudah sebab timbul masalah ketika bertukar! Jom baca entri aku -->
Dun Kacau My MNP (DiGi-2-XOXb)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)