Kempen BMBF

Baru-baru ini, berlaku konflik sosial peringkat negara melibatkan pelbagai kaum utama di Malaysia
ايسو ڤڠنلن توليسن خط (سچارا تق لڠسوڠ دکاءيتکن دڠن توليسن جاوي) دالم سيلابوس ڤمبلاجرن تاهون ٤ د سموا سکوله ترماسوق سکوله جنيس کبڠسأن (چينا دان تاميل) . دتنتڠ هيبت اوليه ݢولوڠن بوکن ملايو تروتاماڽ دوڠ زوڠ 
Isu pengenalan tulisan khat (secara tak langsung dikaitkan dengan tulisan jawi) dalam silabus pembelajaran tahun 4 di semua sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan dibantah hebat oleh golongan bukan melayu terutamanya Dong Zong. 
ايسو تنتڠ سکوله ساتو اليرن سکالي لاݢي چوبا دکتڠهکن، نامون دتنتڠ هيبت اوليه دوڠ زوڠ
Isu tentang sekolah satu aliran sekali lagi cuba ketengahkan, juga ditentang hebat oleh Dong Zong   
ايسو تنترا تانه ملايو يڠ کباڽقنڽ داڠݢوتاءي اوليه اورڠ ملايو دهينا اوليه اوسهاون چينا دڠن انداين مريک هاڽ ماکن دان تيدور سهاج
isu tentera Tanah Melayu yang kebanyakkannya dianggotai oleh orang Melayu dihina oleh usahawan cina dengan andaian mereka hanya makan dan tidur sahaja.  
ايسوجالور ڤوتيه ݢمبر بنديرا مليسيا سڠاج دورناءي هيتم دڠن کومين مڠهينا منتري ڤنديديقن
Isu jalur putih gambar bendera malaysia diwarnai hitam oleh usahawan bukan melayu, disertai komen menghina menteri pendidikan 
ايسو بنديرا مليسيا دݢنتوڠ سچارا ترباليق اوليه ببراڤ اينستيتوسي بوکن ملايو
isu bendera malaysia digantung secara terbalik oleh beberapa institusi bukan melayu 
ايسو دوکتور ذکير ناءيق يڠ دبورو دأنچم بونوه اوليه کراجاءن اينديا، بلياو برليندوڠ د مليسيا بوات سمنتارا وقتو، تتاڤي قوم اينديا بݢيتو ممبنچي بلياو سهيڠݢ مڠنچم اونتوق مقهنترڤولڠ ک اينديا
isu Dr Zakir Naik yang diburu & diancam bunuh oleh kerajaan India, beliau berlindung di Malaysia buat sementara waktu, tetapi kaum india begitu membenci beliau sehingga mengancam untuk menghantar pulang ke India 
تربارو اوݢوتن يڠ دتريما اوليه داڤ بروڤا کيريمن سورت بريسي کريس
terbaru ugutan yang diterima oleh DAP berupa kiriman surat berisi keris 
Semua isu tersebut ternyata mencetuskan perbalahan antara kaum (dan juga politik di Malaysia). Termasuk dalam topik perbalahan tersebut adalah kononnya betapa Melayu tidak menyumbang kepada ekonomi negara. Maka sekali lagi, kempen kesedaran Buy Muslim Bumiputera First [BMBF] dilancarkan untuk membantu ekonomi Muslim (Melayu)..

Fokus - Utamakan Beli Muslim Bumiputera
Pertama sekali perlu difahamkan bahawa konsep kempen ini menggalakkan pengguna / pembeli memilih produk muslim terlebih dahulu untuk membantu ekonomi islam.

چرتا الير کيمڤين بلي ڤرودوک مسلم دولو

Dan ternyata kempen ini mendapat tentang hebat dari golongan tertentu (sebabnya mereka terkesan oleh kempen ini secara ekonominya dan secara politiknya). Maka dengan sengajanya mereka mengecam tindakan kempen ini. Ada banyak artikel, tapi saja aku kongsi satu --> Artikel The Patriots.Asia - Kebenaran BMF yang politikus tidak mahu kamu tahu

Secara peribadi, aku sangat menyokong kempen ini; Aku tak pasti orang lain cakap macam mana. Tapi aku nampak kempen ini menggalakkan kita untuk bergantung kepada sesama muslim dalam hal-ehwal ekonomi. supaya muslim dapat berdikari dengan sendiri tanpa bantuan non-muslim. Bukankah Islam menggalakkan umatnya agar kuat dan pandai?
Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah s.w.t daripada mukmin yang lemah.” [Riwayat Muslim]
Ringkasnya mukmin yang kuat dan berdikari lebih banyak manfaatnya kepada seluruh aspek masyarakat (ekonomi, dll) - Baca artikel ini Asy-Syariah Online - Mukmin yang kuat untuk lanjutan. Jom perkasa ekonomi Muslim sehingga kita tak bergantung kepada non muslim.

سوکوڠله ڤرودوک مسلم


Seiringan dengan kempen ini, maka timbulnya beberapa isi persoalan oleh sebilangan dari golongan pembantah kempen ini, maka aku ulas juga dalam entri kali ini beserta logik perbahasan;

1) Kempen BMBF ini akan merencatkan perkembangan ekonomi nasional..
- Ini mungkin benar hanya pada skala mikro (kecil) sahaja, iaitu hasil jualan minyak Saji tiba-tiba mengaut keuntungan yang lebih banyak berbanding minyak Seri Murni.
- Namun, pada skala yang lebih besar (makro), tiada perubahan jelas - iaitu negara Malaysia tetap merekodkan hasil jualan minyak masak yang banyak (perbezaan hanya pada perinciaan jenama yang berjaya mencatatkan jualan yang tinggi), hal perihal eksport mungkin terkesan, namun pada akhirnya negara masih dapat berurusan melibatkan sesuatu bahan asas tersebut, tapi pada jenama yang berbeza pula..

2) Kualiti & perkhidmatan oleh produk muslim tidak setanding jenama terkenal non-muslim.
- Ini mungkin benar, dengan fakta produk muslim baru nak berjinak-jinak/ cuba-cuba penghasilan produk tersebut, maka logiknya produk baru mereka tidak dapat setanding dengan produk veteran oleh pengusaha yang lain
- Maka pada saat ini pentingnya sokongan moral dan juga cadangan pembaikan oleh pengguna bagaimana mereka harus meningkatkan prestasi mereka menandingi jenama antarabangsa yang lain..
"Aku yakin McD juga pada saat-saat pertamanya juga banyak menghadapi kerenah orang ramai sebelum stabil.."
3) Produk Muslim mahal dan cekik darah. Produk muslim lebih menjimatkan
- Taktik (serang balas) perniagaan non muslim atas kempen ini ialah harga promosi yang sangat murah dan mengiurkan. Dan tentunya ini satu cabaran hebat buat pengusaha muslim untuk menyaingi (beri harga murah)
- nasihat buat kawan-kawan (berdasarkan contoh gambar): lebihan harga RM7 tersebut anggaplah sebagai sedeqah buat pengusaha muslim untuk terus memajukan perniagaan mereka.
- Pada satu aspek pemikiran yang lain, situasi begini memberi gambaran sebenar betapa pengusaha sebenarnya BOLEH memanipulasi harga barang murah (tetapi selalunya TIDAK MAHU menurunkan harga untuk mengaut keuntungan maksimum)


جاڠن دڠر اورڠ مڠاتا کيت براوسها

"Berusahalah wahai sahabat-handai, semoga Allah membantu kita semua"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)