Cebisan kenangan (Geng Rapat Unimas)

Baru-baru ni aku menghadiri kenduri perkahwinan Afiq, kawan UNIMAS aku. Dengan berlangsungnya perkahwinan ini, maka telah lengkapnya geng rapat UNIMAS, masing-masing akhirnya telah dipertemukan dengan jodoh. Tahniah, Afiq!
"Dah lama masa rupanya sejak berakhirnya alam universiti (ijazah) dulu. Sepanjang lima tahun lebih pengajian aku di UNIMAS, aku mempunyai beberapa geng rapat. Tentulah, aku berkawan sahaja dengan semua dalam batch, tapi dengan peribadi aku yang
introvert ni, hanya sebilangan sahaja yang aku anggap istimewa di hati.."
Maka penulisan kali ini sekadar cebisan kenangan tentang beberapa orang geng rapat sepanjang jerih payah masa studi ijazah dulu..

Fokus - Geng Rapat UNIMAS (2007 - terkini)

gambar 2016 masa ni dah separuh ahli jumpa jodoh dah ^-^!
"We may have parted on our ways now & then, but the bonds that we had, i will cherish them always. And i had to know that i am not alone.They were here back then, i hope they always will be... Thanks Afiq, Ojan, AnisSu & Kimi.."


Pertama sekali, berkali-kali aku akan beritahu, bahawa aku seorang yang reservedintrovert. Jadi, dalam aktiviti sosial ramai akan mendapati aku sangat membosankan dan tidak seronok untuk diajak berborak atau apa-apa kegiatan bersama.

Namun, tidak bagi mereka. Dalam pada aku sering bersendirian menghadapi kehidupan universiti aku. Afiq, Ojan, AnisSu & Kimi secara misterinya selalu tak lupa untuk mengaitkan aku dalam pelan aktiviti mereka.
"Really, i am honoured that you ever had a slightest gist of thinking to include me in many of your activities despite the way i always behave. For that, i am truly happy and try my best to participate as many as possible.."
#1 Afiq Shukor 22071988 (Apit / Afiquez / Afiq)  Kedah
- Tulang belakang geng ini.
- Seorang yang ceria & ramah mesra - semua orang selesa berkawan dengannya
- Aku nampak dia cepat tangkap dalam belajar (genius), tak pernah tidur dalam kuliah.
- Otaku game & anime : banyak berkongsi macam-macam judul serta main sama-sama
- Aku rasa lifestyle dia sedikit high-standard, tapi dia sangat rendah diri, malah banyak kali dikongsikan dengan kawan-kawan lain.
- Bakal pakar bius (anaesthisiologist) insya-Allah

#2 Fauzan Yunus 14031988 (Ojan) Kedah
- Kawan baik Afiq sejak tahun 2 belajar - tapi sebabkan Afiq sentiasa tak abaikan aku, maka dia juga turut terikut sama
- Peristiwa peribadi aku dengan Ojan (1) Pembentangan kursus generik & complementary (2) remedial exam EOY1
"Teringat masa keputusan remedial exam dikeluarkan, aku bagi dia cuak sebab kata pensyarah nak jumpa (semua orang) tapi aku panggil la sorang-sorang disertai beritahu ada seroang gagal (aku tahu siapa tapi aku tak sebut la sebab memang fitrah aku bukan jenis kaki spoiler). Sengaja aku suruh dia tabah & sabar sambil ikut dia tengok keputusan. Bila dia tengok dia lulus, dia nangis geram bersyukur" ^-^!  
- Kemudiannya perhubungan aku dengan Ojan lebih bernada serius sebab kami bersaing dalam diam.
- tapi aku setuju dia baik hati dan suka tolong orang lain (beserta mulut laser). Tak pernah hampa kalau minta tolong dia
- Jenis matang dan berdikari sangat. Pandai masak juga
- Bakal pakar sakit puan (O&G Specialist) insya-Allah

#3 Anis Suhana Hashim 08041988 (AnisSu) Melaka
- Jenis outgoing & antara yang ramah mesra terhadap kumpulan budak lelaki (Ada geng perempuan tersendiri: Tasnim, Nadiah, Hazira dll)
- Selalu turut serta dalam apa jua aktiviti yang dirancang (pergi hiking / picnic pantai / trip Sabah / trip Miri)
- Sangat yakin dalam berkata-kata, serta kuat berdrama
- Salah seorang yang ambil peka supaya aku ikut serta dalam program yang dirancang ramai.
- Bakal pakar doktor kecemasan (emergency physician) insya-Allah

#4 Zulkimi Rosli 02081988 (Kimi / Roskimi) Kedah
- Ketua kumpulan lelaki tak rasmi. Selalu merancang aktiviti luar sesama batch aku terutamanya berkelah. Sehinggakan masak menu awal pagi
- Walaupun ketua kumpulan lelaki tapi selalu lepak dengan Afiq, Ojan, AnisSu pada kebanyakan masa.
- Pandai masak (pernah ajar aku masak sebab aku UPPS AJK makanan). Selalu masak makanan berkelah untuk semua bila buat program. Bila bab memasak ni, Ojan jadi co-chef (boleh sembang tentang menu & cara penyediaan masak), aku la yang kena 'paksa' kupas kepala ikan bilis atau apa-apa tugas kecilan ^-^!
- Sangat pandai & berkaliber
- Bakal pakar radiologist insya-Allah

---

Empat orang nilah (yang sentiasa bersama dalam kebanyakan aktiviti). Memang ada je tambahan orang lain (Luqman, Ikhwan, Syazwi dll) untuk memeriahkan lagi suasana tapi watak lain tersebut seringkali ada hal tersendiri atau ikut kumpulan lain.
"Mungkin ke sebenarnya sebab mereka selalu tengok aku selalu menyendiri dan takde kumpulan kot, maka secara kasihannya aku diajak menyertai? ^-^! Aku sangat berhutang budi dengan mereka la nampaknya.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)