Anxieti Kerana Perangai Manusia
Dah agak lama sejak aku beli buku Psikologis Imran terbitan Iman Publication. Secara umum, aku rasa itu buku pendidikan yang baik. Dan aku tertarik dengan senario kes yang dibincangkan dalam buku tersebut. Secara ringkas..
Komik tersebut membincangkan watak Damia yang pada mulanya hanya sekadar suka-suka buat video tutorial untuk kepuasan diri. Lantas masa berlalu, dia menjadi selebriti yang terkenal dan mempunyai banyak pengikut dan tontonan video. Apa yang berlaku, di sebalik keramaian yang menyokong, ada juga yang memberikan komen-komen negatif membuatkannya berasa tidak tenteram. Dia juga cemas kalau-kalau tak dapat memenuhi kehendak pengikut-pengikut yang semakin ramai..
Senario ini membuatkan aku berfikir panjang..
Fokus - Kita tak akan berjaya menggembirakan hati semua manusia..
Ada pepatah inggeris berkenaan hati manusia yang tak semuanya baik - there is always one bad apple in every bunch. Apatah lagi apabila terdapat manusia yang dengki apabila mendengki..
{ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ } [Surah Al-Falaq: 5]
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".
Ingatan ini sangat berkesan buat aku sebab aku sedang menempuh haluan yang sama macam Damia. Aku lukis-lukis sekadar hobi masa lapang di instagram. Cuma bezanya aku tak begitu giat mempromosikan sesama kawan, keluarga, rakan sekerja dan sesiapa sahaja. Jadi bila bacanya kisah Damia ni buat aku terfikir.. Bila sampai masa aku semakin ramai pengikut (follower), pastinya aku akan menghadapi situasi yang sama macam Damia..
Bersediakah aku untuk menghadapi babak sebegini? Apa-apa pun, sekali lagi ingatan buat diri aku (dan lain-lain) bahawa kita tak sentiasa dapat gembirakan semua orang. Ingat tak Kisah Luqman al-Hakim, anaknya dan keldai?
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka bagi orang yang berakal, tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t semata-mata. Barangsiapa yang mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu.."
Ulasan