Lepas hak
Salah satu episod dari Mina Mila yang berkesan buat aku (sebab mesej nasihat tak kerap sangat. Jadi bila aku tonton episod ni aku rasa macam tak pernah dengar nasihat ini)
Nota - ini hanyalah tangkap layar (screenshot). Bukan video |
Musim 1 Episod 18 ini berkenaan Mila seorang yang sangat menghargai barangan peribadi. Semua barangan dijaga dengan baik, sehinggakan ada rasa sayang untuk digunakan. Hinggalah pada suatu hari, Ummi menasihatkan agar memanfaatkan barang tersebut kepada yang memerlukan, Mila aku secara teragak-agak. Apatah lagi perangai Mina langsung tak menjaga barangan dengan baik.
Iklan kejap - siri TV Mina Mila hanya boleh didapati di aplikasi Durioo sahaja setakat ini. Bagi menghormati hak cipta penghasil dan menghargai penat lelah mereka, maka aku memohon kepada yang berminat boleh langgan secara halal & sah melalui pautan berikut -> iklan rasmi aplikasi Durioo
Ada banyak mesej nasihat tersurat dalam video sepanjang 7 minit ini, namun bagi aku apa yang paling aku terasa ialah...
Sedekah itu kita melepaskan hak secara total.
Nasihat ini bagi aku jarang dengar dan selalu terlepas pandang. Dah jadi tabiat kita - kita sayang sesuatu barang tapi akan sampai masa juga kita akan lepaskan.
Selalunya ada 2 kemungkinan situasi kita lepaskan barang yang masih elok
1) jual pada orang lain yang berminat
2) tak jual tapi sedekah pada orang terdekat - keluarga, kawan baik atau saudara (kita tak dapat duit)
Yang jual kat orang lain tu tak perlu cakaplah. Urusniaga jual-beli membuatkan otak kita secara automatik sedar barang tu bukan milik kita sebab dah dapat duit.
Isunya ialah perkara kedua. Iaitu bila kita sedekahkan barang pada orang terdekat. Duit tak dapat. Barang masih nampak. Cuma orang lain yang guna dan jaga. Tanpa sedar otak kita masih tetapkan bahawa barang tu masih milik kita. Jadi kesannya kita akan berharap orang lain guna/jaga seperti mana kita guna/jaga.
Konflik berlaku bila orang lain guna/jaga ikut hati masing-masing (memang tak kena dengan cara kita). Tu yang selalu buat panas hati..
Ambil barang nak secara percuma (tak bayar), tapi tak jaga betul-betul macam aku jaga. Bagi balik!
Jadi bila tonton Mina Mila inilah baru aku tahu, sepatutnya bukan macam itu. Sedekah sepatutnya kita lepaskan hak. Kita tak dapat apa-apa. Penerima bebas buat apa sahaja yang dia nak. Guna/jaga baik-baik atau tak, barang tu bukanlah tanggungjawab kita. Tak payah kisah lagi dia nak buat apa..
Ulasan