Butterfly effect

Baru ini ketika melayari laman sosial meta, aku terjumpa seorang kawan mengongsikan kata-kata motivasi seperti berikut

Secara idealnya, memang betul apa yang dinyatakan..
اڤبيلا اورڠ کمبارا کماس سيلم، مريک ريساو تنتڠ مڠوبه سسواتو ترهادڤ ماس کيني دڠن ملاکوکن سسواتو يڠ کچيل  ايمڤقڽ

نامون، سيکيتڽ اورڠ يڠ فيکير بهاوا مريک بوليه اوبه ماس دڤن دڠن ملاکوکن سسواتو يڠ کچيل ڤد ماس کيني

Kalau setakat ideal semata-mata, aku memang bersetuju dengan konsep tersebut - dengan melakukan sesuatu, sesuatu akan berubah pada masa mendatang. 

Namun, terdapat satu perbezaan ketara di antara 2 senario tersebut..

  • ubah perkara silam akan menyebabkan perubahan pada masa sekarang. Perubahan tersebut ialah instant (serta-merta). Ambil contoh Back to the future, marty tak sengaja halang perjumpaan kali pertama ibu bapanya, menyebabkan (kesan) kewujudan dirinya semakin hilang kalau dia tak buat sesuatu (apatah lagi ketika waktu puncak percintaan mereka). Sebabkan dia sedar kesan tersebut, maka dia pun mula bertindak membuat pembaikan.. 
  • ubah perkara sekarang akan menyebabkan perubahan pada masa depan. Namun, perubahan pada masa akan datang ini ialah tak tahu dan tak nampak. Takde siapa tahu bila, dan apa kesannya.. Jadi orang tak begitu motivasi sangat sebab kesan tak nampak.
Apabila sebut tentang ini, buat aku terfikir tentang butterfly effect - iaitu teori tentang satu kepakan rama-rama (kecil dan tak relevan) akan menghasilkan reaksi berantai dan akhirnya menjadi puting beliung.. 

Pada satu masa, teori ini memang ada betulnya iaitu perlakuan kecil menghasilkan satu tindak balas berantai dan akhirnya menjadi satu perkara besar. Cuma orang tak perasan sebab kesan tak nampak on the spot. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)