Eksperimen Semesta 25

Baru ni aku terbaca semula perkongsian di media sosial, yang mana baca banyak kali pun tetap memberi satu hakikat yang menakutkan pada aku..

Tak acilah sekadar salin tampal je. Meh sini aku terjemah rumi (ikut kefahaman aku)

Eksperimen Semesta 25 itu merupakan satu eksperimen yang menggerunkan dalam sejarah Sains. Dilakukan untuk oleh saintis untuk mengkaji respon sosial manusia apabila hidup dalam serba cukup keperluan (makan, minum dan tempat tinggal). Tapi kajian ini dibuat terhadap tikus la (takkan nak eksperimen manusia pula)

"Kita manusia sentiasa meninginkan kehidupan yang ideal. Makan minum sentiasa terjaga. Rumah pun ada, senang lenang. Umpama syurga. Mesti seronok, kan?"

Jadi dalam eksperimen ini, saintis amerika John Calhoun nak kaji apa yang berlaku kalau tikus diberikan syurga tersebut. 

Jadi beliau mencipta "Syurga Tikus" yang mana ada banyak ruang dan banyak sumber air dan makanan diberikan kepada mereka

Pada permulaan, hanya 4 pasang (8 ekor) diletakkan dalam syurga tersebut. Dalam masa yang singkat, tikus-tikus mula membiak sehingga populasi bertambah banyak.

Selepas hari 315, pembiakan mereka muka merudum ketara. Apabila populasi tikus mencapai 600, ada piramid sosial (hierarki) sesama mereka dan adanya golongan "pemberontak".

Tikus-tikus yang besar akan mula serang kumpulan tersebut, mengakibatkan banyak yang jantan runtuh secara psikologi (atau emosi). Kesannya, yang betina tak melindungi sesama mereka dan mula bertindak agresif terhadap tikus muda.

Masa terus berlalu, yang betina semakin berperangai agresif, dan mula asingkan diri dan tiada nafsu (mood) mengawan.

Kadar kelahiran menjadi rendah. Pada masa yang sama, banyak kematian melibatkan tikus-tikus muda.

Kemudian, timbulnya kelas sosial tikus jantan yang baru, yang dinamai "Tikus Cantik". Tikus jenis ni tak nak mengawan dengan yang betina atau berebutkan ruang kehidupan mereka. Hanya kisah tentang makan dan tidur.

Pada suatu masa ni, populasi utama di syurga tikus ialah dari kelas "Jantan Cantik" dan "Betina yang Menyisih Diri"

Menurut Calhoun saintis amerika tersebut, fasa kematian tikus ini terdiri dari 2 tahap, pertama dan kedua.

Fasa pertama kematian bercirikan tikus-tikus takde tujuan hidup selain untuk wujud - takde nafsu mengawan, atau menjaga (besarkan) anak muda atau apa-apa peranan dalam masyarakat.

Masa kian berlalu, kematian tikus juvenile mencapai 100%. Kadar kelahiran mencapai 0. 

Tikus saki-baki yang terancam pupus itu pula tampak mengamalkan homoseksual, dan juga kanibalism (walaupun sumber makanan ada banyak)

Dua tahun lepas eksperimen dimulakan, tikus bayi yang terakhir dilahirkan. Dan akhirnya semua tikus mati tahun 1973 (tak pasti berapa lama).

Saintis John Calhoun ulang balik eksperimen yang sama sebagai 25 kali. Semuanya dapat pengakhiran yang sama.

..

.

.

----

Jadi apa yang kita boleh nampak kat sini?? Dari perkongsian media sosial tersebut, dia mengulas bahawa masyarakat sekarang boleh dikiaskan kepada kajian eksperimen sosial yang sama. Yang mana zaman sekarang ramai lelaki menjadi "cantik & lembut" serta tiada naluri mempertahankan diri, manakala perempuan semakin ramai yang agresif tanpa naluri keibuan..

--

Secara peribadi, apa yang aku nampak (belajar) kat sini ialah kat dunia ni jangan berharap pada syurga. Jangan berharapkan hari hari hari cuti, makanan serba mewah, makan minum cukup, hari-hari rileks..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)