Psikologi kena TB

Baru ini, aku disahkan keputusan positif pulmonary tuberculosis. Jadi aku pergi jumpa FMS untuk pandangan (semua kes TB perlu bincang FMS untuk mulakan rawatan pun)..

"How do you feel now?"

" I feel better (symptomatically) if compare to last week"

"That is not what i mean. I mean, how do you feel about this (psychologically)?"

"(Psychologically?)"

Fokus - musibah penyakit TB
Aku tak pernah terfikir tentang kesan psikologi sakit TB ni sehinggalah apabila ditanya secara depan. Boleh jadi toksik jadi soalan tersebut (sebab mencetus fikiran yang bukan-bukan). Namun, dari kaca-mata seorang ketua klinik, aku rasa beliau nak pastikan aku tak terganggu secara psikologi sebab kena TB. Depression. Stress. Anxiety.

Aku patut tahu kan? Aku berisiko kena TB sejak kerja klinik batuk lagi. Hari-hari berdepan dengan pesakit TB. Tambah-tambah ada perangai tak peka kesihatan (perasan sihat dan tak nak pakai mask walaupun masih dalam rawatan insentif).

Tapi itulah. Aku faham sangat risiko tersebut. Tapi apa nak buat. Reda je la dengan takdir Allah. Langkah pencegahan aku dah cuba amal (pakai pelitup muka N95 sepanjang masa walaupun aku jujur tak suka pelitup tu). 

Alhamdulillah. Gejala TB aku ringan. Batuk berkahak sahaja. Lain-lain sihat sejahtera. Aku diberikan cuti sakit (MC) sehingga pemeriksaan hari 15 rawatan (kena tengok sputum AFB semula). Antara hikmah yang aku dapat.

aku nak cuba capai tahap reda ini. Tapi tak, niat terpesong sikit ^-^!


"Cuti yang aku tak selalu dapat. Kerja KKA ni cuti rehat tak dapat secara adil. Ada orang cuti lama-lama harinya. Dah dua tahun kerja KKA memang tak berpeluang cuti lebih 3 hari pun. Cuti rasa pun bagi 2 hari sahaja (dan lepas tu sebulan tersebut tak boleh cuti). Secara umum, ketua klinik aku mestilah nak bagi. Tapi khidmat klinik tak boleh berhenti. Pesakit peduli apa. Slot walk penuh pun nak jumpa jumpa. Hari ni mesti dapat MC. Sakit mesti sembuh hari ni. "
Namun, sedikit kerisauan aku ialah penyakit TB ialah penyakit berjangkit. Ia boleh jangkit kepada golongan terdekat
  • isteri & anak - yang aku paling risau sebab mereka serumah aku. Terutamanya Haniya (2 tahun 6 bulan). Aku berharap sangat dia tak terjangkit. Janganlah dia masuk hospital kena masuk branula semua.. Isteri aku pun sama.
  • adik-beradik aku - kali terakhir ialah outing beramai-ramai tengok Didi & Friends. Tapi garis masa dah lebih 2 minggu, aku pun belum mula gejala masa tu. Harap mereka tak kena
  • kawan kerja - ha, aku takde lepak dengan sesiapa pun. Lagi-lagi duduk klinik batuk takde kerja dengan sesiapa. Selama ini aku memang lepak seorang
  • Ibu bapa - alhamdulillah, aku tak ambil giliran hantar ayah chemo HUKM 2 kali. Jadi harap mereka tak terdedah dengan TB.
-----
Apa-apa pun, sakit itu penghapus dosa. insya-allah - entri Jatuh Sakit (side8.blogspot.com)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)