jurang sosial

Situasi 1
Ketika aku mendarat di Kuching sempena sidang konvokesyen, kelihatan adanya keluarga angkat aku menyambut ketibaan aku.. (nota - sedikit penjelasan tentang aku dan keluarga angkat ni boleh didapati di entri bertemu dan berpisah)
"CIKGU!! CIKGU!!" panggil si anak muda dari jauh lagi dengannya nyaringnya
"Aih, iboh panggil kamek 'cikgu'.. kamek sikda mengajar kitak lagi, nak?(translate = eh, jangan panggil saya 'cikgu'. Saya dah tak ajar kamu lagi, kan?) ^-^! dah la panggil kuat-kuat pulak tu. Habis satu airport dengar" jelasku pantas..
"Kenak sik boleh (Kenapa tak boleh)?" - tanyanya keliru
"Senangnya kamek datang tuk sebagai kawan ja boleh sik? (ringkasnya saya datang ni sebagai kawan je, boleh?)
Situasi 2
situasi berlainan yang berlaku berhampiran dengan kawasan bandar bila mana aku outing untuk shopping, kebetulan pula jumpa pekerja hospital yang dikenali lalu..
"eh, doktor! Doktor nak pergi mana ni?" tanyanya
"(Adoi, jangan la panggil aku doktor kat luar ni..) ^-^!"
Fokus - jurang sosial
Demikianlah aku dan pendirian aku. Mungkin pada suatu masa dulu, aku pernah mengajarkan tuisyen pada si anak muda ni. Namun, apabila sesi outing (atau apa sahaja yang tak berkaitan dengan interaksi rasmi), sukanya aku menganggap mereka sebagai kawan / adik sahaja.. Kenapa aku berpendirian sedemikian..?
"Bukanlah aku nak menafikan hakikat, malah aku juga faham mereka berniat untuk terus menghormati aku dengan kerjayaku.. cuma apabila melibatkan interaksi masa lapang (tidak rasmi) aku berpendapat panggilan tersebut tidak sesuai. Sebabnya ia langsung atau tidak langsung memberikan jurang sosial..." 
Misalnya panggilan doktor seolah mencirikan aku perlu dilayan istimewa sebagai watak professional. Maka banyaklah dari kedai-kedai berusaha melayani terbaik, atau mana-mana pihak memberi penghormatan pada cara masing-masing.. tapi..
"Apakah kerjaya seorang petani miskin tidak layak untuk mendapat layanan yang sama? Banyak kali, aku lihat orang ramai akan bertindak hipokrit terhadap seseorang bergantung kepada gelaran atau pangkat yang dimilikinya.. makin tinggi title-nya, maka makin istimewalah layanannya.."
Dan aku jujurnya tak selesa dengan hipokrit tersebut.
"Mungkin sebab itu jugalah aku lebih suka berpakaian serba casual lagi sederhana. Tidak menggambarkan imej serta identiti diri agar aku lebih tahu betapa jujurnya perangai orang sekeliling terhadapku" - entri dresscode

Ulasan

Ily Boolat berkata…
you are so right....

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)