[Lagu] Fauziah Latiff
(Nota - randomnya entri ni ^-^! santai-santai bersempena sebuah kenangan tentang seseorang. Apa-apa pun jom mulakan dengan pengenalan entri ni dulu..)
Seperti biasa, aku menjalani hari-hari kerjaku seperti biasa. Balik sahaja bekerja, kedengaran lagu di komputer seperti yang di bawah ni.. Jom, aku kongsikan sekali lagi di blog ni..
Dan satu lagi..
Lantas menimbulkan satu nostalgia terhadap arwah mak aku. Ya, Fauziah Latiff ni artis kegemarannya pada suatu masa lalu. Malah, aku pernah dengar juga la arwah karaoke di rumah suatu masa dulu..
Sejak pemergian arwah tahun 2008, kami adik-beradik memang sedih sangat. Sedih memang sedih jugak, Namun, aku pasti masing-masing (adik-beradik aku) ada cara untuk mengingati arwah dari semasa ke semasa.. Aku siap berkabung lagi bila tiba hari ulang tahun. Dan ada beberapa barang peninggalan arwah yang aku pilih untuk simpan sebagai kenangan..
Kejutan buatku juga, bukan hanya kami adik-beradik sahaja yang rindukan arwah. Bahkan Ayah juga turut rindukannya..
Some other stream of thought

"Tapi siapa pula yang pasang lagu ni tiba-tiba?" - tanya isi hatiku ingin tahuFokus - (arwah) Wan masih di hati..
Sejak pemergian arwah tahun 2008, kami adik-beradik memang sedih sangat. Sedih memang sedih jugak, Namun, aku pasti masing-masing (adik-beradik aku) ada cara untuk mengingati arwah dari semasa ke semasa.. Aku siap berkabung lagi bila tiba hari ulang tahun. Dan ada beberapa barang peninggalan arwah yang aku pilih untuk simpan sebagai kenangan..
Kejutan buatku juga, bukan hanya kami adik-beradik sahaja yang rindukan arwah. Bahkan Ayah juga turut rindukannya..
"Bukan apa.. sejak Ayah berkahwin lagi aku nampak kehidupannya lebih bahagia dan tenang. Alhamdulillah buatnya~ cuma pernah terlintas dalam fikiranku; adakah Ayah lupakan pasal (arwah) Wan langsung.." - mindset aku berdasarkan teori repression mechanism against stress (rujuk entri defence mechanism)Tapi sejak dah tahu ni, aku rasa lega+gembira sedikit ^-^ semoga roh arwah sentiasa dalam rahmat Allah..
Some other stream of thought
- Menariknya atas faktor sentimental / nostalgia, kita akan minat sesuatu perkara yang seseorang penah minat (eg. misalnya arwah Wan minat lagu ni --> suatu masa akan datang aku jadi 'minat' sebab faktor nostalgia) dan semestinya bila mendengarkan lagu ni, akan timbul semula semua imbauan kenangan yang berkaitan.. (? identification type mechanism)
Ulasan