Dari Geriatrik..
Entri kali ni dimulai dengan satu hadith la ye..
Dalam episod 16 HO arc, aku bertugas di wad geriatrik iaitu pesakit terdiri daripada golongan warga emas (umur lebih daripada 65 tahun). Prinsip rawatan di wad ni turut menekankan kepada penjagaan kualiti hidup yang baik terhadap pesakit, kerana menjelang umur mereka yang kian lanjut dikhuatiri lebih banyak masalah yang timbul (misalnya tulang mereka lebih rapuh dan mudah patah walaupun jatuh sikit je..). Antara unsur yang turut diberi perhatian (Maaf aku tak habis studi lagi topik geriatrik, insya-Allah akan update lebih sikit pada kemudian hari)
Daripada Usamah bin Syuraik ia berkata bahawa, orang-orang Arab telah bertanya kepada Rasulullah sama ada mereka perlu berubat. Baginda menjawab: "Ya, wahai hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali ia telah menetapkan baginya penawar, kecuali satu (penyakit). Mereka bertanya, apakah yang satu (penyakit) itu, baginda menyatakan: iaitu (penyakit) tua." (Hadis bertahap Hasan Sahih, riwayat At-Tarmizi dan Abu Daud)Nota - terdapat beberapa hadith lain juga memerihalkan berkenaan penyakit yang tiada penawar, namun dijelaskan penyakit tersebut adalah maut/ mati.."
Dalam episod 16 HO arc, aku bertugas di wad geriatrik iaitu pesakit terdiri daripada golongan warga emas (umur lebih daripada 65 tahun). Prinsip rawatan di wad ni turut menekankan kepada penjagaan kualiti hidup yang baik terhadap pesakit, kerana menjelang umur mereka yang kian lanjut dikhuatiri lebih banyak masalah yang timbul (misalnya tulang mereka lebih rapuh dan mudah patah walaupun jatuh sikit je..). Antara unsur yang turut diberi perhatian (Maaf aku tak habis studi lagi topik geriatrik, insya-Allah akan update lebih sikit pada kemudian hari)
- GDS (geriatric depression scale)
- CAM
- Barthel index
- Norton index
- Morse index
- MMSE (mini-mental state examination)
Fokus - kita semakin tua..
Sepanjang berkerja di wad ni, memang hari-hari aku diingatkan aku satu hakikat bahawa, saban hari kita semakin tua (semakin hampir kepada kematian). Sistem badan tidak lagi sehebat dulu.. Tulang mudah retak / patah pada daya momentum yang lebih rendah, sistem ketahanan badan tidak lagi mampu menahan serangan kuman.. Sistem metabolism badan tidak lagi lincah seperti dulu..
Menghadapi hakikat sedemikian, sudah tentu masalah depression (kemurungan) pasti timbul dalam diri. Apatah lagi bagi segelintir pesakit mungkin telah kehilangan sokongan moral (eg. isteri / saudara mara dah meninggal dunia, anak-anak sibuk bekerja).. Seolah-olah, mereka pun turut menunggu masa untuk pergi sahaja..

"Sayu pulak melihat pesakit warga emas ni. Walaupun prinsip rawatan adalah berusaha untuk memberikan saki-baki kehidupan berkualiti, namun apa yang aku nampak adalah kekecewaan dan kesengsaraan pesakit.. Be strong nenek dan datuk sekalian.. Semoga mendapat pengakhiran yang baik.. " - linkage to entry berseoranganDan tak dilupakan juga, kita pun semakin tua. Mungkin suatu hari nanti masing-masing akan menghadapi situasi yang lebih kurang sama..
Cuba bayangkan diri sendiri sebagai orang tua. Entah ibu bapa mungkin dah pergi, adik-beradik pun telah mencapai usia tua masing-masing (tak dapat lagi nak take care / lawat dll), anak-anak mungkin sibuk bekerja juga.. Kemungkinan besar akan mengalami depression mengenangkan nasib sedemikian.. Astarfirullah wa na'uzubillah...Some otther stream of thought
- Berkait rapat dengan kesedaran hal penuaan, satu perkara lagi yang pasti untuk muhasabah termasuklah hal kematian.. Apatah lagi hidup hanya sementara..
- Bila difikirkan hal dari kaca mata sebegini, aku rasa bersyukur sebab (arwah) Wan dah selamat kembali ke rahmatullah sebelum usia geriatrik.. Mungkin Allah lebih tau bahawa aku tak sanggup nak tengok arwah menjalani hari-hari tua (dengan penyakit stroke) sekiranya dipanjangkan umur. Khuatir sangat kalau jadi masa tu, aku lebih terabai tanggungjawab untuk jaganya dalam tempoh jangka panjang..
"Biarlah (arwah) Wan kekal di hati pada usia 53 (umur terakhir ketika meninggal dunia).. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmatNya terhadap Wan..Aammiin~"Ada satu kisah 1L of tears (drama jepun) mengisahkan seorang pelajar perempuan sekolah menengah mengidap penyakit otak yang semakin melarat sehingga lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.. Antara persoalan yang ditimbulkan dalam hal ni, teman lelakinya berjanji setia untuk menjaganya walaupun sakit tenat sebegini.. namun konflik timbul dalam tempoh jangka panjang, "mampu ke nak jaga sepanjang hayat - ada stigma masyarakat, tekanan kerjaya, beban tanggungan dll - adakah kau mampu untuk terus setia menjaganya??"
Ulasan