konflik dan sudut pandangan

(Nota - entri ni bersifat retrospektif skit, sebab aku perlukan recovery time terhadap konflik yang berlaku baru-baru ni. Alhamdulillah sekarang dah lebih tenang, maka aku ingin menggunakan peluang ni untuk memerhati dan membuat kesimpulan. Jom~)

Baru-baru ni aku terlibat dalam satu konflik. Maka dengannya terhasillah status facebook seperti berikut:
i know we are busy with our own task but i still need to give you a lesson, especially when your attitude had pissed me off.. v_v - status facebook bertarikh 8.1.2014
CAUTION! - diharap jangan cepat sangat membuat andaian tersendiri tentang konflik yang berlaku~ Jikalau nak memandai-mandai buat taakulan, pastikan korang dah CONFIRM yakin tentang isi berikut:

  • apakah jenis konflik yang terlibat sebenarnya ni?? boleh jadi pergaduhan peribadi?? atau pun satu urusniaga random di tempat kerja (misalnya ejen insurans datang secara tak disangka masa-masa tengah genting--> buat promosi --> katanya nak amik masa 10 min je --> explain panjang berjela --> takde masa nak dengar --> kerek --> konflik)? atau mungkin juga konflik di media whatapp atau facebook melalui mesej persendirian? Konflik dengan promoter telefon (contohnya promosi kad kredit/ tawaran)? isu keluarga?
  • siapakah pihak yang terlibat dalam konflik berikut?? rakan sekerja? ejen insuran? ahli keluarga? total stranger yang tak berkenaan? kawan lama?? 
  • apakah 'lesson' yang cuba dimaksudkan? adakah berbentuk sekadar moral value? kesan buruk dan akibat melalui fizikal dan mental? 
"Dan pada cara apakah korang nak buat kesimpulan kalau hanya sekadar baca 3 baris ayat status tersebut..?" 
Pada kesempatan ni, aku ingin berkongsi satu nasihat berbentuk dalil naqli iaitu;
"Dan tidaklah Kami mengutuskan rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik kepada orang-orang yang berpengetahuan agama) jika kamu tidak mengetahui" (Surah An-Nahl 16:43)
(Nota - asalnya ayat tersebut menekanan kepentingan bertanya kepada yang arif kalau ikutkan tafsiran asal, adalah hal perihal yang berkaitan agama, namun aku pinjam 'mesej' sama, iaitu kalau tak faham tentang sesuatu maka lebih baik bertanya untuk penjelasan) tolong tegur aku sekiranya ayat ni disalah guna..
Maka bertanyalah kalau nak penjelasan ^-^! tentulah atas sebab tertentu aku berhati-hati agar tak mendedahkan sebarang maklumat spesifik tentang siapa-siapa, mana-mana atau apa-apa.. - terserlah maksud nama Hazran di situ 
Oklah, start fokus dan tujuan entri kali ni.. (baru nak start rupanya~ Panjangnya muqaddimah entri ni ^-^!)

Fokus - menilai konflik dari sudut pandangan yang berbeza..
Idea tentang entri ni dah lama, cuma tak cukup kuat lagi kukuh untuk dikemukakan. Oleh sebab kebetulan ada konflik dah berlaku maka sengajanya (atau mungkin tak sengaja??oh i wonder~) aku tulis status 'berisiko' sedemikian.

Dalam menghadapi satu konflik, aku sesuka hatinya berpendapat kita boleh menilai komflik tersebut melalui beberapa sudut pandangan..
  • Sudut pandangan pertama (seperti mana kata ganti diri "aku", "saya"); iaitu golongan pihak pendakwa.. Kalau balik pada contoh status facebook aku tadi, tentulah aku sedang melihat konflik tersebut dari kaca mata sendiri sebagai watak pendakwa. Maka segala pertimbangan mestilah seiring dengan kepentingan diri agar rasa dapat puaskan hati (Pendakwa > Defendan)
  • Sudut pandangan kedua (seperti mana kata ganti diri "kau", "awak", "kamu") - iaitu kita melihat sebagai pihak defendan konflik tersebut.. Mereka yang melihat dari sudut ni akan seboleh-boleh back up / mempertahankan kepentingan diri sendiri juga (Pendakwa < Defendan) maka semua isi dan persoalan konflik dibahas agar dapat selamatkan diri walaupun bersalah..
  • Sudut pandangan pihak ketiga (seperti mana kata ganti diri "dia", "mereka") iaitu pihak pemerhati konflik. Selalunya pihak ketiga ni lebih rasional, melihat masalah tersebut secara objektif dan menyeluruh, seterusnya fikirkan jalan penyelesaian yang memenangkan kedua-dua belah pihak..
"Kalau ikutkan contoh status facebook aku tersebut, dapat dilihat betapa ramainya komen yang berbentuk 3rd person point of view (mereka melihat masalah tersebut sebagai orang luar, tanpa tahu sebab musabab / kepentingan mana-mana pihak) maka mereka hanya mampu mencadangkan penyelesaian yang ideal dan saksama tanpa bias.."
Dan berdasarkan pemerhatian ini, aku semakin faham betapa perlunya kepada pihak ketiga untuk berbincang sekiranya menghadapi sebarang masalah. Sebab pihak ketiga lebih nampak situasi secara lebih menyeluruh (yang mana pihak pertama mungkin terlepas pandang akibat dikaburi oleh emosi untuk menjaga kepentingan diri). Sesuai sangatlah dengan nasihat/hikmah berikut:
"Apabila kamu menolong orang lain (menyelesaikan masalah mereka), sebenarnya kamu juga sedang menolong diri sendiri (iaitu yang aku faham, kita mula nampak penyelesaian kepada masalah situasi kita yang kebetulan sama dengannya.. cuma bezanya kita melihat masalah tersebut dari sudut pandangan pihak luar--> baru jumpa penyelesaian adil)"
Jadi ringkasnya, apa yang aku belajar:
  • kalau menghadapi konflik, amat digalakkan agar tukar sudut pandangan dari 1st person --> 3rd person sebab 3rd person lebih bijak dan adil dalam penyelesaian.. Kalau tak pandai, cubalah bantu orang lain yang mempunyai masalah yang sama dengan kita.. ;)
  • dan paling mudah sekali adalah mohon pendapat dan perbincangan sesama kawan baik dan ahli keluarga. Mereka sebagai orang luar (secara automatiknya adalah 3rd person), so hopefully they may give some sense to us ^-^ 
Allahu akbar, menariknya dunia.. :D

Some other stream of thought


Things happen for reason(s) in which Allah had ALWAYS set the best for us. So, it's up to ourselves on how to face the problem and benefit (learn) from it~ 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)