Task Board

Entri ni lebih bersifat retrospektif, iaitu berlaku suatu masa yang lalu. Mulai..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada sekali ketika bertugas di wad pasif, sepatutnya aku bekerja secara berdua dengan seorang rakan kerja.. Tapi entah macam mana dia tak dapat hadir sebab masalah kesihatan pula.. Berseorangan la aku gamaknya menjaga seluruh wad dengan 20+ pesakit.. Ramai-ramai pesakit ni, pastinya aku akan lost dengan tugas-tugas yang perlu dilakukan.. Jadi masa nilah perlunya aku kepada task-board aku sendiri..

"Staff nurse, nanti kalau ada apa-apa isu berbangkit minta tolong tulis kat board ni ye.. Nanti saya tengok dan usahakan.." (nota - sejak aku mula bekerja ni, aku perasan banyak isu hanya dikemukakan melalui lisan sahaja maka jadilah selalu terlepas pandang / lupa ^-^) 
Demikianlah, antara satu lagi trademark aku bekerja selain lampu kepala. Namun kaedah ni lebih awal lagi aku praktikkan, seawal posting pertamaku di O&G dulu.. Apa yang aku lakukan hanya menggunakan klip board sendiri, lalu menyenaraikan semua tugasan yang perlu dilakukan dalam kerja seharian.. Rasionalnya agar aku lebih nampak dan kumpulkan tugasan yang boleh dilakukan serentak, dengan harapan lebih menjimatkan masa dan tenaga kerja. Dan keduanya lebih memudahkan untuk passover kepada kawan yang oncall, hendaknya mereka tak perlu nak selak-selak lebih case note.. ^-^
"Kalau hilang payah jadinya.. Dan aku pula selalu letak merata-rata (kononnya bawa ke mana-mana, lepas tu letak jap sebab kena buat prosedur..). Alhamdulillah setakat ni masih terjaga.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)