HO Arc! Episod 30

Kisah HO Arc diteruskan lagi.. Sepintas tentang episod-episod lalu..

Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 -23 : posting medical

Dan siri HO arc kini berputar pada kisah paediatric pula..
Episod 24 : tagging SCN paed
Episod 25 : SCN story
Episod 26 : tagging general paed
Episod 27 : general paeds (level 1)
Episod 28 : paed surgery
Episod 29 : paed cardio
"Dah habis seminggu di cardio.. kemudian, aku bertukar tempat lagi.."
Episod 30 - General paeds (level 2) (30 Jun - 6 Julai 2014)
Rupanya balik ke pangkalan sendiri di KK2. Tapi dah bermula bulan Ramadhan sekarang ni. Maka cabaran lebih sikit sebab tak boleh masuk pantri minum air/ keluar makan tengah hari.
"Dalam episod ni ada seorang watak baru join kumpulan wad kami, iaitu Fadhli. Fadhli ni adalah kenalan aku ketika program UNIMAS-USM exchange program (2009) dulu yang mana aku join kelas/tutorial dia. Maka sedikit sebanyak kenal dengan dia lagi.. Orait, maka bertambah seorang lagi geng kat sini.. Kerjasama memang sangat mudah bila dah kenal.."
Dan suasana wad bertambah ceria sebab perwatakannya yang ceria serta soleh ^-^! Walaupun para MO rotation ni tidak begitu mesra-HO tapi setidaknya sesama rakan sekerja, aku ada sokongan moral yang kuat..

Oh ya, suasana puasa di hospital kali ni agak berbeza dengan tahun lalu.. Masa berbuka memang aku dan rakan sekerja pergi bazaar dan beli juadah berbuka sama-sama. Memang berbuka ramai-ramai itu lebih nikmat dan sedap.. Tapi tak tahulah, mungkin sebab aku ada geng rapat di paediatrik ni..
"Dah seminggu, bertukar tempat lagi. Hm, macam nomad pulak aku rasa.. Next episod..."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)