HO Arc! Episod 31
Kisah HO arc sebelum ni berkisah posting-posting..
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 -23 : posting medical
Dan siri HO arc berkenaan posting paediatric pula..
Episod 24 : tagging SCN paed
Episod 25 : SCN story
Episod 26 : tagging general paed
Episod 27 : general paeds (level 1)
Episod 28 : paeds surgery
Episod 29 : paeds cardio
Episod 30 : general paeds (level 2 - bulan puasa)
Respi merujuk kepada sistem *respiratory (atau umumnya *pernafasan). Berlatarkan wad KK5. Wad ni adalah gabungan pesakit sistem respiratory dan metabolic Tapi dalam posting kali ni aku cuma bertugas menguruskan pesakit respi sahaja, sementara metabolic ada kumpulan doktor mereka tersendiri.
Watak utama untuk HO kali ni ialah aku dan Izainie. Serta MO Dr. Iz dan Dr C. Pakar Dr. Faf dan Dr Zeh. Consultant Dr. As dan Dr. Zila (nota - nama-nama senior / pakar aku tidak seharusnya menulis nama penuh maka nama tersebut bukanlah nama sebenar)
Beberapa isi penting tentang pemeriksaan yang pesakit paediatrik (yang berbeza dengan pesakit dewasa)
Alhamdulillah, seminggu di wad ni. Para senior doktor (MO / pakar) sangat ramah dan berdedikasi di wad. Jadual kerjaya (respi = periphery) pula tidak memerlukan oncall. memang satu pendedahan dan latihan yang baik.

"Dah seminggu, bertukar tempat lagi. Macam nomad pulak aku rasa.."Episod 31: paed respi (7 - 13 Jun 2014)
Respi merujuk kepada sistem *respiratory (atau umumnya *pernafasan). Berlatarkan wad KK5. Wad ni adalah gabungan pesakit sistem respiratory dan metabolic Tapi dalam posting kali ni aku cuma bertugas menguruskan pesakit respi sahaja, sementara metabolic ada kumpulan doktor mereka tersendiri.
Watak utama untuk HO kali ni ialah aku dan Izainie. Serta MO Dr. Iz dan Dr C. Pakar Dr. Faf dan Dr Zeh. Consultant Dr. As dan Dr. Zila (nota - nama-nama senior / pakar aku tidak seharusnya menulis nama penuh maka nama tersebut bukanlah nama sebenar)
"So, what do you expect to learn from this (respiratory) posting..?" - tanya consultant kepadaku pada ketika aku mula bertugas di wad tersebut..
"Well, maybe i'll read on some 'common' cases here seen in this ward. Something like bronchiolitis obliterans (ada beberapa yang aku nampak ketika round pagi itu)..." - balasku cuba menyelamatkan diri ^-^!
"Bronchiolitis obliterans is not common in paeds, and it is also not simple.. but surely you see them here because this ward is specially for respi cases and we have to manage complicated case.." - ujarnya.
"Oh.. i see.."
"Well i don't expect you to know about it. But i want you (houseman) to know about respiratory examination and abnormal finding.. I don't want any houseman to miss this (abnormal finding) when they examine (paeds) patient in emergency..." - sambungnya..Right. Jom revise sama-sama dalam blog ni... Aku nak kongsikan video ringkas yang dijumpai di Youtube.
Beberapa isi penting tentang pemeriksaan yang pesakit paediatrik (yang berbeza dengan pesakit dewasa)
- sentiasa biarkan pesakit bersama si ibu bapa
- pemeriksaan lebih banyak kepada bentuk pemerhatian dari satu jarak selamat
Well that's about it... Untuk pesakit kanak-kanak, banyaknya kes asthma maka bagi doktor (HO) perlu latihan agar dapat tangkap tentang tanda-tanda asthma ni...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, seminggu di wad ni. Para senior doktor (MO / pakar) sangat ramah dan berdedikasi di wad. Jadual kerjaya (respi = periphery) pula tidak memerlukan oncall. memang satu pendedahan dan latihan yang baik.
"Dah habis seminggu.. ke mana kita pula.." - to be continued in next episode..
Ulasan