teaser kisah akhir musim 3
(nota- entri ni tersangat la bersifat santai, iaitu berkenaan hobi di meja tulis. Jadi mesej nasihat mungkin tak jelas kali ni..)
Dah la aku melibatkan diri dalam karya agung Wanted ni.. Marcapada (= dewasa) ini, aku dah hampir ke penghujung musim ke-3 komik ni. Cuma masih tak terlaksana menjelang tahun ni, lantaran banyaknya alih perhatian oleh faktor berikut:
Sedikit ulasan 'awal' (sebab komik masih dalam peringkat pembuatan) tentang plot cerita ni..
Jadi kesudahan bagi kisah ni impaknya:
Alhamdulillah, kisah ini telah pun dilukis. Boleh la bacanya dalam Blog (WiX) aku di sini
Wanted! Episod 095 dan seterusnya..
Dah la aku melibatkan diri dalam karya agung Wanted ni.. Marcapada (= dewasa) ini, aku dah hampir ke penghujung musim ke-3 komik ni. Cuma masih tak terlaksana menjelang tahun ni, lantaran banyaknya alih perhatian oleh faktor berikut:
- kerjaya yang sibuk dan stress (bidang kerja pula tidak mempunyai meja kerja yang tetap --> berjalan dan meja bertukar-tukar.. nanti tinggal hilang pula barang-barang)
- game (PSP, 3DS, PS3) yang banyak aku nak main..
- Blogging.
- Anime & manga (kononnya nak cari idea untuk plot/ aksi komik tapi sangkut pula berpanjangan)
- Socializing.. (aku bersosial ke? ^-^!)
"Rindu pulak time student dulu yang mana semua faktor tersebut sangat terhad maka aku dapat fokus hebat pada hobi sebegini.."Namun, saja-saja aku ingin menulis entri blog ni sempena lukisan tahunan (*nota - tiap-tiap tahun aku akan lukis satu sketch tentang apa-apa je pasal komik aku.).. Jom ikuti..
teaser kisah akhir siri Wanted! season III (episod 95 - 98) |
"Pada hari-hari akhir persekolahan 2003, Syed (form 3) telah berkenalan dengan seorang junior (form 1). Dan perhubungan mereka semakin rapat ke arah adik-abang angkat. Namun timbul pula konflik dalaman..
"Saya juga ada seorang abang kat sekolah ni. Form 2, namanya N, abang kenal tak? Tapi saya tak suka dia - dia skema sangat, dah la tak ambik berat hal saya. Tak pernah-pernah nak tolong saya dan luangkan masa dengan saya kat sekolah atau kat rumah sekali pun. Kalau boleh saya nak jadi adik abang boleh tak?"Tu dia.. Dialog yang mencetuskan konflik dalaman buat diri Syed..
"Aku ada seorang adik kandung: 2 tahun lebih muda daripada aku. Aku ingat lagi, sepanjang masa kanak-kanakku, aku meluangkan masa bersama-sama dengannya.. Tapi meningkat remaja ni, hubungan aku & adik (kandung) tidak lagi seerat seperti dahulu. Malah dia lebih banyak meluangkan masa dengan kawan-kawan dan tidak lagi hormat kepadaku. Jadi kehadiran adik 'angkat' ni seolah-olah mencabar pendirian aku terhadap hubungan adik-abang ni.. Jadi bagaimana agaknya kesudahan kisah ni??"
We may wish for some ideal person to be our brother / family / sibling.. little did we know that Allah has given us the best family/ sibling ever.. Please have faith in Allah and accept them gratefully before it is too late.. - note to myself the author(**Nota pengarang - disebabkan persoalan sebegini maka timbulnya idea untuk melukis siri Wanted! memory-0 untuk menekankan tentang nilai kekeluargaan)
Sementara itu, pada plot utama konflik luaran juga timbul apabila watak antagonis mengambil kesempatan terhadap perhubungan mereka untuk membalas 'dendam?' terhadap Syed.."
Jadi kesudahan bagi kisah ni impaknya:
- menamatkan kisah konflik antara Syed dengan watak antagonis utama siri Wanted!
- memulakan siri Wanted! Memory-0 tentang kisah adik-beradik Syed...
"Ok, azam tahun ni (aspek hobi) --> menjelang akhir tahun ni, semoga aku menyiapkan komik wanted! season III" - pengkarya ^-^!Kemaskini 11.3.2019 - Jadi apa jadi dengan rancangan ini?
Alhamdulillah, kisah ini telah pun dilukis. Boleh la bacanya dalam Blog (WiX) aku di sini
Wanted! Episod 095 dan seterusnya..
Ulasan