Dilema next posting..
"Dah tau ke Ran dapat posting kat Sarawak" - abang bertanya kepada ayah dalam satu percubaan perbualan..
"HAH?? betul ke? mana tahu?? - tanya ayah terkejut
"Ran tak bagitau lagi ke.."Hmm, semuanya bermula dengan aku menyemak keputusan permohonan petempatan pusat tanggungjawab MO pula sejak awal bulan Feb yang lalu..
"Penempatan Pusat Tanggungjawab anda yang seterusnya ialah di Sarawak. Sila lapor diri pada tarikh 29 Jun" - keputusan ni dah diumumkan pertengahan April laluDemikianlah pengumuman tempat kerjaya aku yang seterusnya apabila aku tamat latihan HO di HKL dah lebih 2 tahun. Sememangnya telah diberitahu dalam induksi suatu masa lalu..
"Sekiranya anda diberikan pusat tanggungjawab di sekitar KL atau Selangor ketika HO, selepas dua tahun pastinya anda akan dihantar keluar pula ketika MO kelak.."-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baik, jom refresh semula situasi yang berlaku 3 tahun lalu, ketika mana aku diberitahu pusat tanggungjawab HO aku di HKL..
"...Pada dasarnya keluarga aku inginkan aku kembali ke rumah iaitu kerja di kawasan rumah je.. Sementara aku pula ingin terus mengembara ke dunia baru untuk mencari pengalaman secara sendirian (replay persoalan entri sejak tahun 2001 lagi..).............
Dan akhirnya ditakdirkan aku bekerja di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mulai 24 Disember 2012 nanti >_<! sure, kehendak family telah menang kali ni.." [sedutan entri sepanjang kursus induksi, fokus C]
"(Takpe, peluang seterusnya aku mahukan kemenangan untuk diri sendiri pula.. )"--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan peluang tersebut telah pun tiba.. Pengumuman tersbut secara peribadinya sangat menggalakkan. Namun, aku berasa berat hati pula untuk meninggalkan keluarga pada keadaan yang sebegini. Lagi-lagi apabila mengenangkan ayah dah jatuh sakit sejak akhir Mac 2015. Alhamdulillah adanya MakDah menguruskan makan pakai ayah di rumah, tetapi interaksi atau urusan luar kadangkalanya perlukan seseorang yang lain. Kak yong dah berkeluarga sendiri (susah pula kalau nak minta datang jenguk tiap-tiap hari), Abang Ngah pun sama. Abang Chik pula bekerja di Kuantan, hanya balik setiap 4 hari. Nawar pula off-shore jangka panjang..
"Bila sampai masanya aku nak meraih giliran menang aku, jadi pula begini.. v_v hmm, dilema.."
Ulasan