HO Arc! Episod 34
Setakat ni aku dah melalui..
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 -23 : posting medical
Dan seterusnya perjuangan di medan paediatrik..
Episod 24 : tagging SCN paed
Episod 25 : SCN story
Episod 26 : tagging general paed
Episod 27 : general paeds (level 1)
Episod 28 : paeds surgery
Episod 29 : paeds cardio
Episod 30 : general paeds (level 2 - bulan puasa)
Episod 31 : paeds respi
Episod 32: general paeds (level 3 - bulan puasa + tak sihat)
Episod 33: general paeds [mode: raya]
Maka demikianlah halnya aku terpaksa tambah satu episod lagi perjuangan dalam medan paediatrik ni. Sepanjang tempoh lanjutan ni aku bertempat di pangkalan asal kk2, mengharungi hari-hari kerjaku seperti sebelum ni.
Teringat ketika klimaks posting ni adalah assesment yang kedua. Untuk paeds general aku perlu assessment short case dgn longc ase dengan examiner yang berbeza. Here goes:
Well, exam dah habis, maka aku hanya habiskan sisa-sisa masa posting dengan kerja. Dan pada minggu yang akhir aku ditempatkan di unit rawatan harian (Daycare) selama seminggu.
Dan habis je seminggu di daycare maka aku pun menamatkan kisah perjuangan di medan paediatrik.. Seterusnya posting ke-5 pula.. (bersambung)

"Sepanjang musim raya ni sangat seronok dan kurang stress.. tapi siapa sangka ditimpa pula ujian. Sabar je la.." JengJengJeng~~Pada saat / dateline aku perlu hantarkan logbook kepada pejabat untuk tandatangan pengesahan. 24 Ogos 2014 jatuh hari ahad, pejabat cuti pulak., maka aku pun terpaksa la hantar esok hari pula (25 Ogos 2014). Halnya..
"Hazran, kau tau tak kita kena extend sebulan sebab lambat hantar buku..?!" - beritahu izaine ketika ingin menghantar logbook
"Eh?!"Episod 34 : extend paeds (25 Ogos - 23 September 2014)
Maka demikianlah halnya aku terpaksa tambah satu episod lagi perjuangan dalam medan paediatrik ni. Sepanjang tempoh lanjutan ni aku bertempat di pangkalan asal kk2, mengharungi hari-hari kerjaku seperti sebelum ni.
Teringat ketika klimaks posting ni adalah assesment yang kedua. Untuk paeds general aku perlu assessment short case dgn longc ase dengan examiner yang berbeza. Here goes:
- Short case (Dr Ahmad) - secara rawaknya dia pilih satu pesakit dan aku buat clinical examination. Dalam sesi kami, aku diberi pesakit kanak-kanak respi. Alhamdulillah, dengan pengalaman dalam wad respi yang lalu, sedikit sebanyak aku lepas (lulus) ^-^!
- Long case (Dr Ranjini) - dalam sesi ni aku perlu present satu kes dari wad dan bincangkan kaedah (teori) rawatan yang sesuai. Aku ambil kes denggi. Kebetulan sangat banyak kes denggi kanak-kanak kat dalam wad. Maka topik perbincangan adalah perihal denggi. Alhamdulillah, aku memerah otak dan keringat hasil pengalaman pernah bekerja wad denggi suatu masa lalu. Dan akhirnya lepas juga..
Well, exam dah habis, maka aku hanya habiskan sisa-sisa masa posting dengan kerja. Dan pada minggu yang akhir aku ditempatkan di unit rawatan harian (Daycare) selama seminggu.
"Oh ya daycare adalah unit rawatan harian yang mana pesakit kronik yan tertentu (thalassaemia / kanser leukemia) akan datang dan balik hari untuk menjalani rawatan (eg. transfusi darah, chemo dll). Jadi bidang tugas aku di tempat ni adalah memastikan pesakit itu sihat untuk menjalankan prosedur tersebut, termasuklah memeriksa kesihatan umum, dan banyaknya memeriksa produk darah agar selamat digunakan.."--------------------------------
Dan habis je seminggu di daycare maka aku pun menamatkan kisah perjuangan di medan paediatrik.. Seterusnya posting ke-5 pula.. (bersambung)
Ulasan