reunion (mini)

-------------------------------------------<imbas kembali suatu masa lalu>---------------------------------------

2 Disember 2005.. tamat saja kertas akhir peperiksaan SPM, sebelum masing-masing berpisah mengambil haluan masing-masing
"Jom la kita tanam 'time capsule'. Tiap-tiap orang tulis apa-apa je pada kertas masing-masing dan kita masukkan dalam botol ni lalu tanam. Dalam 10 tahun lagi, kita datang gali balik.." - cadangan salah seorang.. [entri time capsule]
"Dalam 10 tahun akan datang nanti, tak kira la kat mana, korang mesti datang balik untuk berjumpa semula. Janji tau~.." 
"Baik~ insya-Allah..." sahut beramai-ramai..
Pada masa tersebut, aku yang bersifat 'kurang bersosial' ni timbul satu keraguan dalam hati..
"Apabila masa kian berlalu, boleh jadi wujudnya satu perasaan teragak-agak dalam diri masing-masing untuk hadir bertemu semula, terutamanya bila saling tak berhubung atau bertemu, apatah lagi setiap orang menghadapi situasi masing-masing.." - entri time capsule jugak
"(Dan 10 tahun tu satu tempoh yang cukup panjang untuk suatu perpisahan sebelum reunion ni.. Aku tak pasti reunion ni dapat diadakan dengan jayanya.. Namun, melihatkan mereka yang bersemangat ketika itu, aku *ingin tahu sekuat mana bonding untuk melestarikan impian tersebut.. maka aku bersetuju je dengan perjanjian mereka tersebut..)" - bisik hatiku lagi..
*Nota - sifat ingin tahu tentang bonding ni sangat berkaitan dengan persoalan abadi aku yang setakat ini:
  1. "...hubungan bonding yang sebagaimanakah paling ideal dan membahagiakan..? Masing-masing juga mempunyai situasi pahit dan manis.. tapi kenapa sebilangan golongan mengutamakan keluarga, ada juga yang melebihkan kawan dan tak kurang juga terdapat orang yang meluangkan masa bersama awek semata-mata.. v_v" - entri tentang keluarga lagi
  2.  "apakah nilai kepercayaan (trust) berperanan mengukuhkan hubungan tersebut dan bagaimanakah nak membentuk nilai kepercayaan ni?? " - entri trust
---------------------------------------------------masa kian berlalu--------------------------------------------------

Apabila tinggal setahun je lagi countdown sebelum hari pertemuan, aku membuat langkah berjaga-jaga memberi peringatan berkala kepada sahabat-sahabat handai..
  • setahun terakhir
  • 6 bulan terakhir
  • 3 bulan terakhir
  • 10 hari terakhir

Malah, aku berusaha lebih mengaturkan cuba mengaturkan jaringan network sesama rakan agar masing-masing saling mengingati..
"Besarnya harapan aku agar reunion ni berjaya..."
------------------------------------------------------tiba masanya----------------------------------------------------
"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau membelanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi sekalipun, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" (Surah al-Anfal 8:63)
Allahu Akbar.. ternyata Allah Maha Besar dalam setiap perancangan. Dalil di atas menyedarkan aku bahawa betapa aku dah berusaha macam mana sekali pun, pada Allah lah terletaknya segala takdir.. Dalam reunion kali ni, hanya beberapa sahaja yang Allah telah izinkan untuk bertemu semula pada reunion kali ni.. ^-^ Aku, Ehsan, Sofwah, Lubaina, Natrah
"Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih kepada mereka yang datang.." 
Maka secara langsung, kesan dari reunion ringkas ni membawa kepada perancangan grand reunion pada suatu masa akan datang. insya-allah~ [to be continued..]

Trivia
Konflik telah berlaku sejenak masa sebelum hari pertemuan ni.. yang mana ramai mendakwa bahawa mereka mempunyai faktor yang tak dapat dielakkan dari menghadiri reunion ni. Aku tak arif sangat perihal qada' dan qadar (iaitu idea takdir yang sebagaimana boleh diusahakan dan sebaliknya..), namun umumnya aku berpegang teguh kepada prinsip berikut..

you are giving false hope to others of which later will be a harsh backstab v_v 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)