[Resipi] Biskut Famous Amos
Catatan kemaskini
22.3.2019 - tukar tajuk kepada yang lebih relevan [Resipi] Biskut Famous Amos
Bukanlah satu kesinambungan dari siri yang lalu, tapi masih di bawah topik masakan..
22.3.2019 - tukar tajuk kepada yang lebih relevan [Resipi] Biskut Famous Amos
Bukanlah satu kesinambungan dari siri yang lalu, tapi masih di bawah topik masakan..
Memasak (1) - perlunya kepada skil memasak
Teringat lagi suatu masa kecil dulu, masa-masa bulan puasa ni aku begitu galak menonton TV berkisar tentang membuat kuih raya.. Memang cukup aku suka tengok, terutamanya kalau menu kuih raya tersebut berperisa coklat.. Hei, memang terliur dibuatnya..
"Masa kecil dulu aku tahu (arwah) Wan suka memasak. Aku berharap satu masa nanti (arwah) Wan akan tergerak hati nak buat kuih tersebut untuk kami semua..
Masa kian berlalu.. (Arwah) Wan dah pergi.. dan aku semakin lupa 'hobi' dek kesibukan jadual belajar/kerja sekarang ni. Kini Ramadhan datang lagi, dan baru-baru ni aku terlihat satu perkongsian di media sosial tentang satu resipi kuih coklat chip. Entah macam mana, sampai pula niatku untuk mencuba sendiri buat kuih raya ni.. Saja-saja aku copykan resipinya di sini..
--------------------------------------<RESIPI BISKUT FAMOUS AMOS>-------------------------------------
Bahan-bahan ayak :
280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
10 gm (3 tsp) serbuk koko
2 Tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 Tbsp susu tepung
Secubit garam
280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
10 gm (3 tsp) serbuk koko
2 Tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 Tbsp susu tepung
Secubit garam
Bahan-bahan lain :
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm (1/2 cawan) coklat chip
100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm (1/2 cawan) coklat chip
100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara

---------------------------------------<sumber dari page Chef Wan>----------------------------------------------
Jadi hasilnya tak sehebat resepi chef wan (tentulah ^-^!). Aku salah step pulak masa nak kacau coklat chip tu (sebab dia dah cair pada suhu bilik ^-^! ke aku salah beli coklat chip?? --> maka hasilnya tak jelas sangat coklat chipnya). Namun, setidaknya rasa tetap ada dan sedap.
Dan yang paling penting sekali ialah ilmu dan kemahiran yang dipelajari tu. Semoga bermanfaat pada suatu masa yang akan datang..
"skill unlocked! Baking cookie lv.1" - status facebook (kena lebih banyak berlatih lagi lepas ni)Teringat akan satu pujangga nasihat..
"If you give a man a fish, he will be able to eat for a day (only). However, if you teach a man how to fish, he will be able to eat for the rest of his life.."Some other stream of thought
Selain tu, proses memasak ni lebih merapatkan silaturahim dengan ibu tiriku...
"i wonder if i ever got the activating trigger to write about her.. maybe someday.."
Ulasan