Musibah rumah kampung

[Nota - entri ni retrospektif. Asyik buat entri retrospektif je aku ni.. ^-^! pada satu cara ia menunjukkan aku perlu window period untuk proses segala khabar berita serta input dari pelbagai pihak]

Jom mulai dengan sesi dialog dulu..
"Ran, kamu tau tak rumah kampung terbakar?"
"Eh? Betul ke?? Macam mana pula boleh terbakar??" 
"Entah tak tau pula.. Nanti kamu pergi tengok-tengokkan keadaan orang kampung tu boleh?" 
"Ok" 
Sempena musibah yang melanda maka entri ni ada beberapa fokus..

Fokus A - rumah warisan

Ni adalah rumah kampung (sebelah ayah) di Tg Aur. Diperihalkan ni adalah rumah warisan sejak moyang Syed Nordin. Pada ayah, inilah rumah beliau menjalani kehidupan kanak-kanaknya bersama adik-beradik yang lain.. Sementara pada aku dan adik-beradik aku, rumah inilah tempat kami balik kampung beraya (sebelah ayah). Antara kenangan yang special tempat ni berbanding kampung (sebelah mak) ialah:
  • belakang dekat je ada tebing Sungai Perak, dulu memang ayah selalu bawak berendam di sungai ni..
  • kalau masa raya, aku suka 'lemang jagung' buatan sendiri yang dimasak oleh saudara-mara di kampung. (masa kecil dulu takde variasi tentang lemang, jadi bila tiba-tiba makan lemang jagung memang rasa special sangat)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Melihat gambar yang tersebar melalui media Whatapps dan facebook maka memang benarlah berita tersebut. Rumah kampung (sebelah ayah) aku telah terbakar. Ayah meminta aku mewakilinya (sebab ayah tak sihat seperti mana entri hardship - 2nd wave lagi pula adik-beradik yang lain out-station ^-^!) untuk melawat keluarga sana.

"Diperihalkan rumah kampung ni mengalami litas pintas (? akibat ubahsuaian berleluasa oleh ahli rumah tanpa keselematan elektrik) maka menyebabkan kebakaran berlaku dalam jangka masa yang sangat singkat. Tak sempat nak selamatkan apa-apa barang langsung ketika kebakaran tersebut. Bomba datang dalam 30 minit segalanya dah hangus terbakar.. Namun syukurlah tiada kemalangan jiwa.."
Fokus B - Rahmat Ujian
"Ujian yang paling senang (yang diberi oleh Allah) adalah ujian berupa musibah (eg kesusahan/kegagalan) sebabnya ramai pastinya lulus untuk kembali mengingati Allah (untuk mendapatkan maghfirah dan rahmatNya) pada saat ujian tersebut diberikan."
"..Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata,"Sesungguhnya kami milik Allah & kepadaNyalah kami kembali" (Surah Al-Baqarah 2:155-156)
Fokus C - Peranan saudara-mara 
Yang demikian tadi adalah betul bagi si mangsa. Namun, bagi saudara-mara yang terdekat mereka diberikan ujian yang 'susah' sikit nak lulus iaitu apa pula peranan saudara-mara untuk membantu si mangsa dari pelbagai aspek

  • bantuan kewangan dan tempat tinggal
  • sokongan moral dan psikologi
"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)