cabaran Reconnect
Sejak akhir-akhir ni aku banyak menjalankan misi 'reconnect', termasuklah;
Fokus - Bond with benefits
Namun, penangan peristiwa reunion (mini) yang lalu sekali lagi mengingatkan aku bahawa..
Antara siri nasihat lain terdapat dalam Nasihat (page), semoga bermanfaat
- Jemputan saudara / kaum kerabat sebelah (arwah) Wan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara jauh..
- Musibah rumah kampung yang membawa kepada perkumpulan ahli keluarga sebelah ayah (dan aku sebagai wakil ayah)
- Majlis kenduri kahwin seorang sahabat lama di sekolah sejak sekian lama tak berjumpa..
- Dan terbaru ni aku keluar meluangkan masa berjumpa kawan lama dulu..
"Maka bila aku kata reconnect, sila fahamkan aku ingin berhubung semula dengan semua watak yang pernah mengenaliku; sama ada kawan / kaum kerabat / jiran tetangga pada mana-mana zaman pun.."Namun, satu persoalan yang pernah timbul dalam suatu entri masa lalu..
"Meningkat usia, dari aspek sosial secara jujurnya aku mempunyai perwatakan yang introvert, pendiam (entri aku yang pendiam) dan suka menyendiri (entri alone). Yang mana ketiga-tiga point tersebut tidak membina perhubungan sosial yang baik. Tapi misteri (menarik)nya, jauh dalam hati aku terdapat satu niat untuk berhubung sesama manusia yang lain.."Teringat aku akan nasihat-nasihat yang pernah diberikan kepadaku melalui pelbagai watak
"Dari Abi Bakrah r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Tidak ada dosa yang lebih berhak Allah segera turunkan akan seksa dunia dan menyimpan seksa untuknya pula di Akhirat iaitu derhaka (kepada orang tua) dan memutuskan silaturrahim" (Riwayat Tirmizi - Hadith bertahap Hassan)
"Siapa yang ingin murah rezeki dan panjang umur serta terhindar dari keburukan, hendaklah ia takut kepada Allah dan bersilaturrahim"Dan Ayah juga tak kurang mengingatkan aku (dan adik-beradik) agar berutus khabar (entri kad raya) kepada saudara-mara di kampung. Kadang-kadang saudara tersebut tak pernah jumpa pun kena tulis kad raya jugak, dan paling tak bestnya apabila kad raya tu tak berbalas langsung. Dan hanya dari keluarga kami yang tetap 'rajin' menulis kepada mereka (sedangkan mereka tak pernah pun sampai sekarang yang tulis)..
Fokus - Bond with benefits
Namun, penangan peristiwa reunion (mini) yang lalu sekali lagi mengingatkan aku bahawa..
"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau membelanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi sekalipun, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" (Surah al-Anfal 8:63)Dan dalam usaha aku untuk berusaha mendekati golongan mereka-mereka ni, aku semakin mendapati beberapa cabaran yang pasti dihadapi;
"Some may only had friends in them, we had benefit" - antara satu quote yang pernah terpapar di satu T-shirt randomTak semudah silaturrahim tatkala kanak-kanak yang mana kita bersahabat sebab kita berkongsi pengalaman bersama (eg. perjuangan di sekolah, kerja rumah, cikgu garang, hobi dll). Jadi apabila meningkat dewasa ramai tidak lagi menghargai kenangan persahabatan sedemikian. Sebaliknya alam dewasa, kita lebih mementingan persahabatan bermanfaat (terutamanya manfaat fizikal eg boleh mendatangkan keuntungan/ faedah peribadi).
- mempromosikan business sendiri terutamanya bila nampak kita sebagai "potential franchisor" (mengajak kita menyertai business hebat mereka hanya kerana kita mampu --> kalau takde duit dan status jangan harap nak ajak reconnect)
- hanya tegur semula apabila perlu meminta pertolongan (dalam kesusahan)
Dan tentulah dalam usaha aku untuk reconnect dengan mereka, banyak kali aku mendapat layanan / respon dingin daripada mereka.
"Bila fahamkan sebab-musabab tersebut, apa nak kata lagi..? Tapi baru sekarang aku nampak ketulusan Ayah pada caranya tersendiri untuk menghubungkan silaturrahim. Semoga aku belajar dari ayah"---------------------
Antara siri nasihat lain terdapat dalam Nasihat (page), semoga bermanfaat
Ulasan