Sejaya forever

[nota - entri yang bersifat retrospektif macam selalu ^-^!]

Baru ni aku menyertai program berbuka puasa yang dianjurkan oleh sekolah lamaku dulu. Berbuka puasa bersama pelajar sekolah, serta turut serta dalam program solat maghrib, jamuan, solat isya' dan tarawikh..
"Dah 12 tahun aku tinggalkan sekolah ni. Walaupun aku hanya watak biasa dan tak ternama, namun sekolah ni tetap dalam ingatanku.." - caption gambar di media sosial facebook
Fokus - Sejaya Forever!
Sekolah ni adalah tempat permulaan aku menjalankan hidup meningkat remaja..
"Berbeza dengan suasana di rumah pada masa kecik dulu, yang mana adanya ibu bapa sentiasa menjaga kepentingan harian kita di rumah (makan, pakai, basuh, belajar dll). Kali ni, aku dihantar untuk melatih diri agar berdikari sendiri pula.."
Bagi aku, sekolah berasrama ni memang bertujuan untuk melatih diri menguruskan kehidupan sendiri tanpa bantuan fizikal ibu bapa. Kita sendiri yang akan tentukan sama ada nak berjaya (ie. melalui rajin belajar, bertanya guru), uruskan pakaian sendiri (ie basuh, jemur, lipat,) dan bersosial sesama rakan sekelas. Cuma guru / warden telah menetapkan jadual dan peraturan di asrama..


"Dah meningkat dewasa ni, aku bersyukur dah didedahkan dengan latihan sedemikian"
Selain itu, banyak lagi yang dapat aku pelajari di medan ini. Selain perihal pendidikan rasmi di kelas serta inisiatif menguruskan hal ehwal kehidupan sendiri, aku juga turut berkongsi pengalaman dengan rakan sekelas / sebilik mengharungi hari-hari bersama.
  • Antara kebiasaan di asrama ialah perihal buli. Sure, kat Sejaya ni kes buli oleh senior memang ada (dan agak teruk juga la pada zaman aku dulu) tapi aku tak pernah kena (sama ada aku mengelak dari jadi mangsa atau sebab aku tak ternama). Tapi disebabkan isu buli ni aku tak begitu mendekati senior untuk beramah mesra.. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Namun perjuanganku di sekolah ni hanyalah setakat PMR sahaja iaitu dari tahun 2001-2003, dan pada tahun seterusnya aku bertukar ke SBP pula. Diperihalkan sejak habis PMR, bilangan rakan seperjuangan dah tinggal separuh dari jumlah asal (iaitu asalnya 83 orang masa aku mula 2001, tapi menjelang SPM hanya 40 lebih orang calon sahaja yang ada). Ramai watak telah meninggalkan medan Sejaya dan mengharungi haluan baru.

Kalau dengar-dengar perkongsian daripada guru-guru mutakhir ni, prestasi pelajar tidak begitu membanggakan pihak sekolah. Antara subjek yang membimbangkan ialah Matematik (add math), yang mana tak ramai yang menyerlah.
"Pernah suatu masa di bangku sekolah dulu, aku mengimpikan 'takhta' sebagai raja matematik. Dan aku sangat yakin dengan kebolehan *cepat tangkap (*aku merujuk kepada ilmu yang baru diajar cikgu) matematik disertai dengan prestasi matematik aku tak pernah bawah 91 markah (PMR).. " - entri kini aku dan matematik...
"Tapi bila difikirkan kembali, agaknya kisah yang bagaimana akan berlaku 'kalau' aku stay Sejaya (dan tak berpindah SBP)?? Kalaulah.." [nota - persoalan atas ni bukanlah bermakna aku menyesal berpindah sekolah lepas PMR, sebab hakikatnya di sekolah sana juga aku mendapati hikmah tersendiri..]
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku teringat satu konflik yang pernah berlaku suatu masa lalu di saat idea pertukaran aku ke SBP ditimbulkan dalam perbualan dengan Ayah..
Wanted! episod 67 (season 3) 

Pertamanya, aku tak pernah terlintas pun bahawa latar tempat (eg. sekolah) memainkan peranan penting untuk mencapai kecemerlangan. Pernah aku terbaca akan satu kata-kata ni bilik kaunseling yang mana isi nasihat yang ingin disampaikan ialah: (ala, aku tak ingat quote asal tu)
"Yang penting untuk berjaya bukannya bergantung kepada kehebatan tempat belajar itu, tapi sebaliknya bergantung kepada kesungguhan diri pelajar itu sendiri"
Apa yang aku faham ialah "tak kira kat mana-mana sekolah pun, asalkan seseorang itu sungguh-sungguh untuk berjaya maka insya-allah dia boleh berjaya" [ada satu perumpamaan yang aku tak pasti kesahihannya --> 'jadilah seperti buah kelapa, hanyut kat mana-mana pulau pun pasti akan tumbuh]

Keduanya, aku tak suka dengan mindset 'batu loncatan' iaitu kita hanya menjadikan sekolah biasa hanyalah sebagai batu loncatan untuk mencapai SBP. Pada satu masa, seolah-olah menunjukkan kita memandang rendah kepada sekolah biasa..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maka jadilah hakikatnya dewasa ni, bila ajak kembali ke sekolah, semestinya rakan-rakan bertaraf hebat ni tak dapat turut serta bersama.
"Aku?? Sememangnya 2015-2003= 12 tahun ni satu tempoh yang sangat lama bagi aku. Jurang masa ni memang cukup membuatkan aku rasa takde apa lagi dengan sekolah. Dah la tak kenal junior/senior (v_v ni salah satu kelemahan aku time sejaya), cikgu-cikgu pun agaknya tak begitu mengenang pelajar form 3 sangat. (kalau nak dibandingkan dengan pelajar full time form1-form5). Tapi aku datang juga sekolah ni jugak sebab bagi aku apa yang sekolah (serta seluruh isinya) dah ajar aku (suatu masa lalu), sangat cukup untuk mengatasi segala macam alasan/ego yang ada.. "
Tapi, bukan semua orang begitu (merujuk kepada isu cikgu tak begitu mengenang muridnya)..
"Paling terharu apabila ustazah masih kenal aku walaupun dah lama.." ^-^!
Trivia
  1. "Teringat aku satu masa dulu. Kali pertama aku berpisah dengan keluarga untuk tempoh jangka panjang, permulaan sekolah menengah di asrama dulu. Kalau ikutkan memang 3 hari pertama tu, aku homesick sangat - menangis la juga bila bersendirian.." - entri homesick
  2. Komik Wanted! adalah berkisarkan pengalaman aku sepanjang mengharungi kehidupan di Sejaya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)