HO Arc! Episod 38-39
"Ok, we are going to start.. Syed, time out!", beritahu doktor bedah
"Ok, today's date is.... Patient name.... IC... Ward... Diagnosis... Operation PSIF... Surgeon... Anaesth... " (aku membaca papan tulis tentang maklumat pesakit sebagai kenal pasti buat terakhir sebelum sesi pembedahan dimulakan..)
"Ok, pass me 'knife' (scalpel).."
"diathermy.. bipolar... retractor.. nor-for-no-ric" <-- beberapa nama instrument yang sering disebut ketika sesi pembedahan..
"..."----------------------------------------------<intro sebentar>--------------------------------------------------------
"Nama aku Syed! Siri entri HO Arc adalah sebuah diari berkenaan kisah perjuanganku sebagai HO di HKL. Setakat ni aku dah mengharungi beberapa posting..Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G (posting pertama)
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery (posting kedua)
Episod 9 -23 : posting medical (posting ketiga)
Episod 24- 34 : medan perjuangan di paediatrik (posting keempat)
Dalam posting ke-5 pula..
Episod 35 : tagging orthopedic
Episod 36 : general ward ortho
Episod 37 : mentee spine team (part 1)
Episod 35 : tagging orthopedic
Episod 36 : general ward ortho
Episod 37 : mentee spine team (part 1)
-----------------------------------------<kisah pun disambung semula>-------------------------------------------
Episod 38 - mentee spine team (part 2) (2 Disember 2014 - 31 Disember 2014)
*Bulan 12 adalah pertukaran rotation MO dalam jabatan ortho. Maka aku dapat boss yang lain pula untuk part 2 ni. Dulunya MO Spine (Dr Leong, Dr Hari, ada 2 orang lagi tapi dah lupa ^-^! ) kini dah bertukar (Dr Sharidan, Dr See LP, Dr Mah, Dr Eriq) pula.. Semuanya tetap ramah dan baik.. ternyata berbeza dengan specialist ^-^!
Demikianlah antara tugasku sebagai seorang 'mentee team' iaitu membantu (assist) dalam sesi pembedahan. Diperihalkan pembedahan spine juga sangat rumit, iaitu setiap satunya pasti berlangsung selama 4-6jam. Ada juga pembedahan yang 16jam lamanya..
"Teringat aku ada satu ketikanya ni aku bertugas postcall pada hari Isnin tersebut (iaitu kerja malam pada hari ahad sehingga isnin pagi. Kononnya diperihalkan Isnin tengah hari dah habis shift. Tapi disebabkan ada pula operation spine, maka aku kena juga masuk membantu di dalam. Dan operation tersebut tamat pukul 12 tengah malam! Pada masa balik tersebut, memang aku dah penat~ rasa macam nak MIA je esok harinya.. namun alhamdulillah aku masih diberikan kekuatan.."Ada 3 fokus/isi untuk episod kali ini iaitu:
Fokus A - tugas mentee
Sebilangan rakan seperjuangan menyatakan betapa beruntungnya menjadi mentee (join team) ortho. Ramai nampak kelebihan mentee ini yang takde pada HO wad yang lain. Antaranya:
- Tugas mereka sebagai moderator antara specialist/surgeon dengan HO wad, iaitu memastikan pesakit specialist ni bersiap-siap untuk menghadapi pembedahan. Jadi ramai mentee hanya pandai mengarah HO wad buat itu ini (eg. refer kepada department lain, buat surat, telefon JKSP, ambil darah, minta jumpa ROTD untuk urgent appointment MRI dll) supaya pesakit stabil untuk pembedahan Pendek kata, yang buat kerja macam-macam ni hanya HO wad, sementara mentee hanya pandai mengarah..
- Banyak kali, mentee berpeluang dijamu makanan oleh specialist kerana telah membantu mereka dalam operation dll. Misalnya dalam OT tentunya ada bahagian makanan untuk mentee/team member yang assist.. (dan makanannya bukan menu calang-calang)
- Tidak terikat dengan kerja di wad secara langsung. Maka kerja menguruskan isu pesakit lebih diserahkan kepada HO wad.
- Kalau assessment, biasanya mentor lebih memilih continous assesment (iaitu pernilaian sepanjang masa dalam team) berbanding dengan one-time assessment. Maksudnya bagi mentee yang mesra dan ngam dengan specialist, maka sememangnya dia dah dikira lulus..
"Pernah sekali terjadi terdapat satu patient kritikal yang kononnya dirancang untuk palliative surgery untuk bedsore. Tau-tau pulak dia takde ubat *anti-coagulant (*biasanya ubat ni digunakan untuk pesakit kritikal yang terlantar di katil sebagai pencegahan thrombosis dalam salur darah) langsung sepanjang di wad selama sebulan lamanya. Alhamdulillah, tidak berlakunya stroke / DVT / pulmonary embolism akibat tersebut.. Dan aku la akhirnya yang menanggung salah sebab tak 'inisiatif' katanya.. Hampir-hampir kena extend sebab isu ini.."Episod 39 - [Fokus B] mencari ganti sebelum berakhir (1 - 26 Januari 2015)
Dan sebelum aku meninggalkan posting ortho (secara langsungnya, team spine). Aku perlu mencari gantiku sendiri serta menurunkan segala ilmu. Mengakhiri posting ortho, calon ganti semakin terhad. Tapi alhamdulillah aku berjaya juga dapat ganti yang sesuai dengan kriteria mentor aku (iaitu dia inginkan watak Melayu, serta senior minggu 8+ dalam ortho)
"Bila difikirkan semula, mungkin aku la mentee ortho yang paling lama dalam team.. iaitu seawal minggu 3 posting sampai la minggu 16 di ortho.. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku struggle dalam team ni.."Fokus C - assessment
Oh ya, sebelum meninggalkan ortho. aku juga perlu diberi pernilaian dalam bentuk viva. Pegawai penguji sendiri ialah mentor aku, Mr. D. Walaupun aku mentee, tapi aku tak diberi kelebihan dalam sesi assessment ni.. Antara topik perbincangan kami..
- Management of Open #
- Fat embolism
- Compartment syndrome
- Anatomy related to carpal tunnel syndrome, compartment syndrome
"Barely make it ^-^! alhamdulillah..Next posting will be the final posting.."
Ulasan