HO Arc! Episod 40

Salam.. Ni adalah kisah perjuangan HOku di medan HKL.. setakat ni..

Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G (posting pertama)
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery (posting kedua)
Episod 9 -23 : posting medical (posting ketiga)
Episod 24- 34 : medan perjuangan di paediatrik (posting keempat)

Dalam posting ke-5 pula [terdiri dari episod 35-38]
Episod 35 : tagging orthopedic
Episod 36 : general ward ortho
Episod 37 : mentee spine team (part 1)
Episod 38-39 : mentee spine team (part 2)

Seusai posting ni aku pun melangkah ke posting akhir. Ketika taklimat di kala memulakan episod 1 HO dulu, aku diberitahu bahawa posting terakhirku berkemungkinan adalah salah satu posting, sama ada Kecemasan, Anaesthesiologi, Family Medicine, atau Psychiatric. Tapi penentuan tersebut bergantung kepada kekosongan. Tapi pada garis masa aku sekarang, ni posting yang ada (kekosongan) hanyalah..
"HO arc! Episode 40 - onto the final stage of the story.." - status facebook bertarikh 25.2.2015
Episod 40 - Emergency department! [tagging] (26-31 Januari 2015)
Tagging lagi.. Dalam jabatan ni ialah tagging 6 hari dan ada satu hari rehat sebelum mula rasmi bekerja. Dan pakar yang bertugas menyelia HO masa tu ialah Dr. Mawar. Kebetulan dia bercuti, maka aku tak tagging secara proper sepanjang tempoh masa ni.

6 hari tagging bertempat di zon kuning dan merah secara bergilir-gilir hari. Dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam beserta 2jam rehat sebentar. Bersamaku ada 2 orang lagi yang sama-sama ikut tagging sebab kebetulan kami lapor diri sama-sama.
"Rasa cemas sangat ketika tagging.. Jabatan ni adalah jenis fast-action. Semua pelan rawatan (ambil darah, prosedur ECG, CBD, branula, referral, Xray, CT scan) kena laksanakan secepat mungkin. Dan ketara berbezanya dengan ward, semua prosedur tersebut, kita kena buat sendiri sebab staff nurse busy dengan tugas tersendiri..
Tapi antara berita baik dalam jabatan ni ialah adanya support daripada Medical assistant (MA), yang mana semuanya berkebolehan membantu dalam prosedur tersebut. Jadi kalau sibuk sebab kes berpusu-pusu datang masuk, setidaknya boleh minta bantuan mereka..
"You have to be resourceful here in ED (emergency department). You shouldn't rely on staff nurse to help you with stuff/preparation.."
Oh ya, sebelum mengakhiri episod ni - Jadual tugas kerja di ED ni ialah bergantung kepada shift
  • AM (7 pagi - 4 petang)
  • PM (2 petang - 11 Malam)
  • ON (10 malam - 10 pagi)
Tapi yang tak bestnya ialah tiada cuti rehat dalam seminggu. Dengan kata lain, hari-hari bekerja ^-^! Dan jumlah tenaga kerja yang ada 30 dari kuota 70 orang lebih menyulitkan proses memohon cuti rehat. Dan ditambah lagi tak best apabila, petempatan bertugas adalah terhad sebab tak cukup kakitangan T_T tapi takpe la.. redha je la dengan apa yang berlaku..

Ada side-Quest pada pengakhiran hari tagging ni.. Tapi nanti la aku kongsikan dalam entri seterusnya.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)