Berdikari (entri 2)

Sedikit imbas kembali sebagai permulaan entri kali ni..
"Syed, do you like asrama..?" - tanya anak suatu masa dulu..
 "Well, in a positive way, it's good place to learn and grow up..."
"But why..? Everyday is torture.. you need to wake up early.. do this.. do that.." - entri sekolah asrama
"But you know, since you already been into asrama, everytime i see you i feel you keep me amazing.. " 
"What do you mean..?"
"Well, for example.. previously you have been into sekolah harian, you had limited your growth (of skill and knowledge).. your only learning point are those of school times.. your parent do your food and clothes, and send-fetch you back wherever you are going.. in asrama, your skill development are exponential in many aspects. sometimes you had suprises me with your new experience.. with that I really can't foresee your level anymore.."
"Really?? (blushing..)
Demikianlah antara dialog kami suatu masa dah beberapa bulan yang lalu. Walaupun nasihat tu seolah 'one-time message', namun bagi aku isi tersirat yang aku cuba sampaikan ialah..

Fokus - berdikari (entri 2) (sambungan dari entri dahulukala berdikari)

Bagi mencapai berdikari, penting bagi semua untuk melakukan sesuatu secara sendirian (tanpa bantuan terutamanya daripada keluarga). Untuk tujuan itu, sebaiknya perlu 'menjauhkan' diri daripada 'pihak yang membantu' (baca: helping hand)..
"Maka, sekali lagi aku membuat keputusan untuk merantau jauh dari keluarga (sebab itu aku tidak merayu pun ketika diberitahu pertukaran tempat ke Sarawak)
Aku ingin kembali berdikari.. merantau jauh dari keluarga, menjalani kehidupanku sendiri.. buat aktiviti sendiri, belajar pasang mesin basuh sendiri, belajar pasang langsir sendiri, memasak sendiri, pendek kata semuanya buat sendiri la.. supaya apabila kembali kepada keluarga, mereka semua 'terkejut' melihatku berdikari (selama ini mereka yang tolong semuanya)..

Sepanjang kembalinya aku di rumah, aku dapati diriku tidak lagi belajar berdikari.. makan pakaiku semuanya diuruskan oleh ibu bapa di rumah.. Dan jauh dalam diri, walaupun mereka berniat meringankan beban kerja aku, namun, sebaiknya aku perlu uruskan sendiri keperluanku..
"di sebalik urus sendiri, kau (aku) akan dapati banyak perkara yang dapat dipelajari.."
--------------------------------------

Demikianlah bisikan hati kepada diri sendiri lantaran memulakan kehidupan di rumah sewa baru.. Kena bersiap menyediakan rumah untuk kehidupan berkeluarga pula, semua kena mula buat sendiri..
"nanti dah nak jadi ketua keluarga.." 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)