Perlumbaan
Dah lama tak menulis blog.. ^-^! kerana aku tiada sumber internet tetap sendiri (tinggal menumpang di rumah orang sehingga tebal muka nak minta WiFi, sementara cafe tempat lepak aku baru ni membuat renovasi internet pula jadi tak dapat nak datang main WiFi sambil mengopi)..
Menariknya aku berpeluang menyusun temujanji dengan kawan dari pelbagai zaman persekolahan. Rantau.. Segambut.. Sepintar.. Ada perjumpaan secara peribadi, ada juga pertemuan kumpulan kecil, dan mestilah ada pertemuan besar-besaran hari reunion alumni sekolah yang dihadiri pelbagai lapis (bekas) tingkatan pelajaran..
sedikit sinopsis (takut link yang tertera di atas tak membawa kepada komik, pada suatu masa akan datang..) spoiler alert!! - Komik ini mengisahkan pengkarya menghadapi satu hakikat bahawa kehidupan sering diperihalkan sebagai satu perlumbaan atau pertandingan sesama manusia. Yang mana kita semua sering bersaing untuk mencapai dalam kejayaan hidup. Namun, pada satu tahap, kita akan mula membandingkan kejayaan kita dengan orang lain pada masa silam dan masa hadapannya, lantas membuatkan kita tertanya-tanya dalam 'persaingan' ini adakah kita telah kalah oleh salah satu silap kita (entah yang mana satu).. Namun, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya (bagi pemahaman aku) ialah walaupun kehidupan mungkin digambarkan sebagai satu 'perlumbaan', namun hakikatnya susun atur (baca: setting) setiap satu dari kita adalah berbeza (misalnya ada watak yang dilahirkan sedia sempurna, sementara watak lain dilahirkan serba kurang), maka adalah satu yang tidak adil jika kita membuat perbandingan hasil yang sedemikian.. Apa yang penting ialah kita menjadikan keadaan masa hadapan kita adalah sentiasa lebih baik dari keadaaan masa silam kita...
Benarlah satu pepatah/ nasihat agama yang sering kudengari..
"Apa-apa pun, selamat kembali kepada diri sendiri.. Jom kita teruskan dengan trigger entri kali ni.."Sempena aku balik rumah minggu ni, aku menumpukan persiapan majlis kahwin aku dalam perihal jemputan. Maka aku berjumpa beberapa kawan lama untuk memberikan kad jemputan serta menyebarkan berita gembira ini..
Menariknya aku berpeluang menyusun temujanji dengan kawan dari pelbagai zaman persekolahan. Rantau.. Segambut.. Sepintar.. Ada perjumpaan secara peribadi, ada juga pertemuan kumpulan kecil, dan mestilah ada pertemuan besar-besaran hari reunion alumni sekolah yang dihadiri pelbagai lapis (bekas) tingkatan pelajaran..
"Terlintas dalam arus fikiran, dalam tempoh beberapa tahun sejak perpisahan dengan kawan-kawan semua.. aku terasa seolah-olah mereka (kawan-kawan) ni dah maju jauh ke hadapan meninggalkan aku di takuk lama.. Apakah aku dewasa ni semakin tewas dalam 'perlumbaan' kehidupan..?Kebetulan kena pula dengan perkongsian komik yang aku baca kali ni.. memang memberi nasihat dan input yang sesuai dengan konflik dalaman semasa..
kredit kepada pengkarya sebenar di laman Usahawan Budak Sekolah Malaysia atas komik yang membina ini |
Benarlah satu pepatah/ nasihat agama yang sering kudengari..
"Umat Islam harus cemerlang, jadikan hari ini lebih baik dari semalam.."
Ulasan