Make home home project!

[nota - entri ni secara umumnya adalah bersifat serius namun terdapat unsur/elemen yang main-main sebab pengaruh game skit, maka teknik penulisan bahagian yang main-main tu aku setting font smallest+italic. semoga isi tersurat/tersirat yang masih dapat disampaikan..]

Sudah 2 minggu pun berlalu sejak aku mula menyewa dan tinggal bersendirian di rumah baru.. Kononnya dalam sebulan sebelum berumah tangga aku perlu menyediakan kediaman yang selesa untuk aku dan bakal isteri kelak.
"21 Mac 2016 adalah tarikh aku menandatangani perjanjian kontrak menyewa sebuah unit apartment (aku lebih takrif sebagai 'rumah flat' je kot) 4 tingkat. Pada permulaan, kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah hanyalah berupa dapur gas (ability cookable), dan sistem air panas 'shower' (ability bath-able), dan tentulah katil pun ada (ability sleepable).. maka bermulalah projek "make home home" untuk tambah dan lengkapkan yang lain pula.."
Focus - make home home project!
Macam dulu, setiap kali aku empunya bilik, perkara pertama yang aku lakukan ialah mapping..
"Teliti semua sumber elektrik (soket), cuba semua, struktur tingkap dan jenisnya, kedudukan perabot yang sedia ada, paip air. Ukur semua saiz bilik dan lakarkannya.. (kalau dulu aku lakar kat kertas seperti entri susun atur bilik.. tapi kali ni aku guna kaedah Excel pula.. ^-^!)
semua roommate aku mesti pernah tengok aku buat pelan bilik sendiri dulu.. kali ni rumah pula.. ^-^! note - ukuran saiz adalah hanya sipi-sipi anggaran sebab aku tak guna ukuran standard metric (eg meter / cm) 
"kemudian baru la aku cuci rumah pula.." 
Maka secara perlahan-lahannya (dan senyap-senyapnya) aku memindahkan semua barang-barang peribadi dari rumah lama ke dalam rumah ni. Dan menambah ability rumah ini termasuklah..
  • Laundry-able (mesin basuh dan menjemur)
  • Dress-able (almari pakaian, seterika) 
  • Workable (meja studi / komputer berserta rak buku)
  • Fridge-able (peti sejuk ^-^! oh, pelik sungguh penamaan ni..)..
Hm, pencapaian setakat ini adalah sedemikian baru.. Masih belum set up internet rumah (ability WiFi), serta persiapan menerima tetamu (ability guest-welcoming).. 
"Banyak sangat expenses baru ni.. Dengan isu dugaan Rayani Air lagi.. persiapan kahwin lagi..Kena merancang betul-betul.."
-------------------------
Some other stream of thought
  • Pada satu sudut jauh dalam fikiran aku, ketika merpersiapkan rumah ni, semestinya aku cuba berusaha mencapai rumah impian A.. seperti mana rumah Rasulullah s.a.w
"..aku sukakan suasana yang serba sederhana yang ditunjukkan melalui rumah ni: tidak terlalu besar, tidak juga terlalu kecil.." - entri rumah 

  • Dalam perihal menyediakan kehidupan berkeluarga (dari aspek menyediakan kelengkapan rumah) lantas membuatkan aku terlintas tentang dua game kegemaran aku.. 
HM: Back to nature (gambar random)
 "Kalau dalam Harvest Moon, sejak siri Back to Nature (Console PSOne), pemain ditetapkan untuk membeli peralatan/perabot rumah setelah naik taraf saiz rumah (seperti peti sejuk, dapur, oven dll) Dah la harga pembelian tu mahal ^-^! kena kerja dan harvest seminggu dua baru dapat tampung kos pembelian.. " - aku main Harvest Moon





The Sims 3 : buy mode (random)
"Sementara The Sims pula, game menetapkan pemain agar membeli perabot dan barang untuk memenuhi keperluan harian (eg. kalau nak makan kena beli at least 'peti sejuk', tapi kalau tambah oven / dapur maka kesan kekenyangan adalah lebih bertambah.. ) dalam menu beli ada juga pemilihan model/brand sama ada brand basic (murah) atau brand mewah (mahal) untuk kesan berbeza. bergantung kepada kewangan pemain.." - aku main the sims jugak tapi tak tulis entri spesifik.. lihat entri teguran dari game 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)